Monday, August 29, 2011

kisah aku dan emas (intro)

Assalamualaikum kepada blogers, salam sejahtera... lama dah tak tulis belog... atas alasan-alasan tertentu. pagi ni, aku rasa terpanggil untuk menceritakan satu kisah ringkas di antara aku dengan emas. (kalau aku tulis panjang2 karang, ak takut korang tak minat pulak)

seperti semua maklum, emas sememangnya bernilai tinggi. tamadun mana yang kite tengok tak de emas... manusia memang minat akan emas atas ciri2 fizikal dan keunikannye yang tersendiri dan salah seorang yang meminati emas adalah aku walaupun ak diharam kan memakai emas.

dipendekkan cerita, emas ni harganya mengikut nilai pasaran. beberapa tahun lepas, aku ingat lagi, satu gram emas baru rm80++/ 90++.... namun sekarang nilaian emas meningkat setinggi rm190/g

aku start memiliki emas ni pada awal bulan 6 tahun ni.. tak banyak, 1gram sahaja... 1 gram gold bar bunga raya yang dikeluarkan oleh kedai emas poh kong. deal secara online hanya di facebook. nama fb penjual tu, penternak kijang emas. aku beli dengan harga rm180 + pos rm10 = rm190. time tu memang tak nampak sangat faedah simpan emas ni. kalau boleh pakai, takpe jugak kan?

tapi, pada 20/8/2011 , aku n family pergi ipoh. terserempak la dengan kedai emas poh kong, so ak check value 1g bunga raya aku tu, Alhamdulillah, RM227 ... so automatically emas aku yang ak beli dulu sudah naik RM47 dalam masa 2bulan lebih... ini baru 1gram... kalau lebih?


ni la 1gram bunga emas berketulinan 999 or 24karat gold.. (kredit to google image)

ok... ini hanya intructory kepada rakan2 pembaca, niat di hati bukan nak menunjuk atau pun berbangga, tapi share dengan para bloggers mengenai kepentingan menukarkan aset anda di dalam bentuk wang kertas ( yang ade unsur riba) kepada aset yang berbentuk logam bernilai spt emas, perak, etc (yang insyallah terhindar dari riba)

bukankah mencari yang halal adalah wajib bagi kita??

pagi ni ada kerja sikit, nak cari rezeki duit raya untuk ditukarkan kepada dinar dan dirham. sape ade sebarang cadangan, komen dan cadangan anda amat dihargai

salah silap mohon ampun, Insyallah berjumpa lagi di post yang seterusnya. :)

assalamualaikum



Sunday, May 22, 2011

buku oh buku

membaca amalan mulia. tapi hanya untuk mereka yang membaca perkara yang membawa faedah sahaja k.
membaca amat di tuntut oleh agama bahkan ia adalah arahan dari wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullullah S.A.W. yang jelas menunjukkan betapa pentingnya membca di dalam kehidupan seseorang.

amalan membaca per;u dipupuk sejak kecil lagi. kate orang2 tua, melentur buluh, biar dari rebungnya. jika, time kecik2 dulu, kita baca buku cerita dongeng, manga dan sebagainya.


apabila kita meningkat dewasa, kita harus menukar genre bacaan kita kepada yang lebih berat sedikit sesuai dengan umur kita. contohnya, di ketika di sekolah menengah, kita sudah perlu membaca buku-buku ilmiah ringkas seperti cerpen sejarah tokoh2 islam dan bagi yang wanita, selalunya mereka akan membaca novel-novel cinta. :P

so, apabila kita mencecah usia belia, genre bacaan kita seharusnya berubah kepada yang lebih serius contohnya sejarah penaklukan istanbul, buku-buku agama, politik dan hal ehwal semasa.

genre bacaan kita melambangkan tahap pemikiran kita. sekiranya kita masih membaca naruto lebih kerap berbanding buku2 ilmiah di usia 20-an, saya kira ini adalah sesuatu yang merisaukan. belia negara seharusnya besiap sedia dengan ilmu di dada agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan menjadi modal insan yang baik untuk dicontohi adik2/junior2 di luar sana.

adalah sesuatu yang memalukan jika kita tidak suka membaca. budaya barat sudah lama mengamalkan budaya membaca, lihat sahaja di dalam begnya, pasti ada buku untuk di baca di waktu lapang.

akhir kata, jika kita hendak mengubah nasib sesuatu masyarakat/bangsa, kita hendaklah mengubah diri kita dahulu.

malu??

tajuk kali ni adalah special sikit... malam semalam (21/5/11), UiTM arau perlis telah menganjorkan pesta konvokesyennya. lama dah pesta ni start, tapi berkesempatan pergi semalam... kebetulan malam tu, segment bicara siswa sedang berlangsung.

panel bicara siswa ini bukan calang-calang orangnya... salah seorang darinya adalah bekas ahli kumpulan band yang popular di era-90an dengan lagu "cinta untuk nabila" iaitu melissa. setiap panel membicarakan intipati untuk para penonton / mahasiswa yang majoritinya adalah "wanita" (sebilangan besarnya adalah penuntut uitm :) )

ada beberapa point yang dapat diambil secara amnya...

1. malu

salah seorang panel membicarakan soal malu dikalangan masyarakat secara umumnya atau mahasiswa secara khususnya. malu adalah salah satu sifat nabi yang mulia. umat islam harus mencontohi sifat malu yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W. kita perlu malu di atas setiap perlakuan yang tidak kene pada tempatnya.

berikut adalah contoh perlakuan "tidak malu":

- ponteng kuliah
- meniru di dalam assignment atau report2 yang diberikan oleh pensyarah
- menayangkan aurat di khalayak ramai / memakai pakaian membuka aurat di majlis

dll...

adakah kita bangga sebagai seorang siswazah memegang segulung ijazah atas hasil penipuan seperti meniru di dalam ujian mahupun kuiz/assignmnent.

di manakah rasa malu anda sebagai siswazah dan seorang muslim jika anda memegang gelaran sarjana muda hasil penipuan.

terpana juga mendengar hujah yang dikemukan oleh panel tersebut. memang tepat sekali apa yang di katakan oleh panel tersebut. berapa ramai di antara kita secara jujurnya menghantar assignment atas hasil usahanya sendiri??

well... malu ini konteksnya besar. malu harus bertempat. alangkah ruginya kita jikalau dalam pelajaran kita malu bertanya. alangkah ruginya kita jika kita malu untuk menegakkan syariat islam yang di amanahkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi.

maka, kita perlu usha balik setiap perlakuan kita sebelum ni. atau lebih dikenali sebagai muhasabah diri. istiqamah dalam setiap amalan yang kita lakukan :)

sekian saja post kali ni... malam ni nak pegi lagi ke uitm arau, dengar nya ada ceramah... :)

Wednesday, April 13, 2011

jatuh hati??

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, aku selalu terkene panahan syaitan. Dari mata turun ke hati... ayat ni membuktikan betapa besar pengaruh mata dengan minda kita..
Haha...hati dah terjatuh, tapi jangan biarkan diri kita sekali terikut dengan kata hati. Lawan perasaan tu, tanam di fikiran, kita menjauhkan diri dari orang yang kita sayang sebab kita sayang dia.

Kita sayang dia dari terus terjebak dengan dosa hubungan haram andai kata kita berkaple dengan si dia.

Kita sayang dia dari terus leka dengan khayalan kebahagiaan yang jelas hanya sementara.
Kalau kita sayang orang bukan muhrim kita tu, sehingga mengganggu hati kita, saya sarankan, kita menjauhi dia secara senyap. Lakukan apa yang patut secara halus. Win win condition.


Bergaul di dalam batas2 yang telah ditetapkan... moga2 kita berjaya melawan dugaan syaitan dan hawa nafsu kita 

andai hati telah tekad, syarat sudah cukup, mulakan langkah dengan aturan yang betul, halal way...

Monday, April 11, 2011

racist???

assalamualaikum,

selamat sejahtera, good evening to the readers.. hari ni, tergerak di hati untuk membincangkan satu perkara yang sering menjadi tumpuan ramai... PERKAUMAN ataupun lebih dikenali dalam bahasa omputih racist



ni adalah muka depan satu page di facebook yang jelas lagi bersuluh berasaskan perkauman. korang boleh check sendiri di

http://www.facebook.com/pages/%E6%98%AF%E5%8D%8E%E4%BA%BA%E5%B0%B1%E6%9D%A5%E6%8C%89%E8%B5%9Eo0o-diu-%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E4%BA%BA-o0o/134550173275261

(dah tak de le plak, haish, dah delete kot page ni)

bagi pendapat peribadi, aku lagi suka tunggu dan lihat... observe perkembangan isu ni dengan mata kepala sendiri. aku syorkan, jangan report dulu page ni, belum masanya lagi, kita lihat, apa tindakan pihak berkuasa mengenai isu ni...


untuk berdepan dengan sekumpulan orang begini, kita kene guna cara paling berhemah, maklumlah, api tak boleh dipadam dengan api, api kene padam guna air... kita tegur mereka dengan berhemah.

fikir2kan situasi kita di negara sendiri,,, satu malaysia kah kita??

p/s: nampak google translate berguna time ni...

YaNa YassiN: YaNa YassiN | 1st Giveaway

YaNa YassiN: YaNa YassiN | 1st Giveaway: "STICKY POST | ENTRI BARU DI BAWAH EH. Assalammualaikum, Wahai bloggers sekalian. Untuk pertama kali nyer kite mau buat GA. Saje tgk2 entri..."

Wednesday, April 6, 2011

Tribute to ikan laga


hmmm... aku rasa dah hampir sebulan lebih ikan laga aku ni menceriakan hidup aku... bile dia kenyang, aku suka tengok dia berenang. entah tetiba rase nak bela ikan, aku pergilah ke pusat haiwan peliharaan, mencari bakal sahabat baru kat bilik single aku. aku pilih ikan ni sebab ak nampak dia macam paling aggresif kat situ.. aku memang suka ikan aggresif ni...hahaha... ak beli ikan ni sekali dengan bekas, anti klorin n makanan dia, total tak sampai RM10 pun... murah rupanye nak bela ikan kecik ni.

selepas beberapa ketika, aku tengok dia ni macam bosan je duduk kat bilik sorang2...so aku ambil keputusan untuk bawak teman kecil comel yang berharga RM1.50... murah je ikan tu, tapi kiut...hahaha... aku letak sekali dalam bekas tu, elok je letak, ikan kecik ni dah kene sondol...adess...gaduh le plak...petang beli, malam tu jugak ikan kecik ni mati...

maybe kne infection, ikan laga aku ni pun sakit... aku beli ubat Anti-Ich dengan harga RM2. lepas pakai dalam 2 3 hari, ikan aku pulih.... ada la dalam 2 mggu kot... dia sihat. ok je ak tgk.. makan pun laju..taik pun banyak T_T..hahaha

hari jumaat minggu lepas, aku bawak keluar meja studi aku sekali dengan ikan ni, ntah ape jadi kat dia, tetiba tak nak makan... sisik dia warna biru nampak lusuh... sakit lagi ikan aku ni..huuu....

semalam, keadaan ikan laga aku semakin kritikal apabila dia mula berenang senget ke atas... atas saranan member berpengalaman, shell.. nampak la perubahan sikit ikan aku ni, boleh laa kate dia ni nampak harapan kembali pulih... tengah hari tadi, aku singgah kedai ikan... tanye masalah ikan aku ni, tokey tu bgtw aku, ikan aku lapar... maka aku di sarankan beli cacing kering. aku pun beli dengan harga RM2, dengan senyuman, bawak moto balik... harapan tinggi menggunung nk tgk ikan laga aku pulih.

aku naik tangga, member aku, irwan shah bagitau, ikan aku dah mati.... aku tak pecaya...aku bukak pintu rumah, tgk dari jauh, ikan aku dah nazak giler tebaring kat dasar bekas dia... aku bubuh cacing kering tu, tapi segalanya terlambat... ikan aku tak dapat di selamat kan... huuu

semalam adik aku, amir bagi cadangan bernas,, ikan laga masak 3 rasa...hahaha....smart la... isi ikan aku ni memang "banyak".

entri ni tak banyak gambar... gambar kat atas tu pun amik kat google... nnti member aku balik, aku tangkap gambar arwah...





kita kene sayang mereka yang berada dengan kita sebelum mereka meninggalkan kita. berjasa lah pada orang yang menyayangi kita (aku maksudkan ibu bapa k, bukan gf, bf k) sejak dari kecil.

hargai rakan2 yang selalu berada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita..

adalah satu lumrah, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. jadi, gunakan peluang yang ada untuk menjadikan pertemuan kita lebih bermakna dan diberkati oleh Allah.

oh ikan...


p/s: lpas ni nak beli lagi ikan... :P

perkara yang mudah tapi sukar

yang lepas, biarkan lepas.. yang pergi, biarkan pergi...

saling maaf memaafi adalah satu perkara yang dituntut di dalam Islam. Barang siapa yang tidak bertegur sapa dengan saudara mara atau sahabat handainya lebih daripada 3 hari (kerana berkelahi), dia akan mendapat satu kesusahan yang besar sekali di akhirat kelak.

siapa yang benar, siapa yang salah? yang penting di setiap pertelingkahan yang berlaku harus ada kemaafan di hujungnya. jangan sampai kita tergolong di dalam golongan yang rugi hanya kerana tidak bertegur sapa dengan sahabat atas satu alasan yang tak munasabah.

recently, saya baru menyedari bahawasanya memberi kemaafan kadang kala merumitkan. saya adalah seorang yang sensitif... (hahahaha... mostly laa). ada sometime, member2 bergurau kasar dengan kita, kita boleh terima, tapi bila kita terasa hati dengan member tersebut, terpalit satu kebencian di hati. tapi satu pesan saya, sekuat mana terasa, terbakar, tercalar hati kita, jangan lebih 3 hari. itu prinsip yang saya pegang sejak saya di zaman persekolahan lagi.

kalau kita lihat di sekeliling kita, ada di antara sahabat2 kita berkelahi, bercanggah pendapat sehingga tidak bertegur sapa dalam tempoh masa yang lama (lebih 3 hari). renung2kan kembali perlakuan kita dahulu. apabila kita nak buat sesuatu, fikirlah sekuence di masa hadapan. berdamai adalah satu option yang terbaik walau pun pahit.



kalau kita si pelaku salah, sedar lah, bukan semua orang mudah memaafkan kesalahan kita. apabila kita buat salah, mohon kemaafan sesegera mungkin. ego bukan sesuatu yang penting berbanding nilai perrsahabatan yang bakal tergadai jika kita saling ego antara satu sama lain.

"yang lepas, biarkan lepas.. yang pergi, biarkan pergi..." ayat untuk hilangkan kepahitan memaafkan orang... bukan mudah nak memaafkan seseorang.


hati ini, bila dilukai dengan kata2 setajam pedang... amat sukar untuk sembuh kembali seperti sediakala. so, kepada anda yang membaca, cuba sehabis baik untuk jaga relationship korang dengan kenalan sebaik-baiknya... at least, kita berusaha...


p/s: terngiang-ngiang lagu sorry-sorry dendangan super junior.

Tuesday, April 5, 2011

kepimpinan

assalamualaikum to my readers. hari ni, terasa nak mengulas serba sedikit mengenai kepimpinan.

dalam bahasa orang putihnya, leadership. kepimpinan adalah satu ability atau keupayaan seseorang itu menjadi ketua kepada orang bawahannya. set kan di dalam minda anda bahawa setiap insan di dunia ini adalah pemimpin. manusia adalah khalifah di muka bumi ini.


(google image resos)

kita perlu memimpin diri kita sendiri, menguruskan diri sendiri untuk melaksanakan sasuatu perkara seperti makan minum hatta tidur sekalipun. anggota badan kita perlu dikoordinasi agar mengikut arahan akal kita barulah kita berupaya mengangkat sudu, menutup mata dan lain-lain lagi. inilah salah satu sebab mengapa di dalam Islam, kita diwajibkan niat sebelum apa-apa perlakuan yang kita lakukan bahkan dengan hanya niat, kita sudah layak mendapat ganjaran pahala.



apabila kita berjaya mengurus diri sendiri, barulah kita berupaya memimpin orang lain. hidup di dalam organisasi memerlukan kita bergaul dengan pelbagai ragam manusia. pergaulan dengan orang sekeliling adalah salah satu latihan memimpin kepada individu tersebut. seorang pemimpin adalah seorang yang tahu berinteraksi dengan orang bawahan dan atasannya.

to be continue...

Sunday, April 3, 2011

dunia akhir zaman

di facebook, kecoh article ini, kebenarannya tidak diketahui namun sila ambil intipati artikel ini....

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!





Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.





Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:





1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.





2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .





3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.





4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.





5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.





6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.





7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.





8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.





9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.





10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.





11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.





12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.





Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!





Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.





Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)








SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Friday, April 1, 2011

i-Pad, need or want??

sometimes, i've think many time about the latest gadget from apple, i pad. the interest come straight after i have findout that the price of this i pad was within 1500-1600, 1st generation i pad.


image from google.. see the ipad he hold... awsome..hahaha

i wonder what should i do with this when i buy it, play game in class, online in class, facebooking in class, watching movies in class?? lol... this is the bad thing would be happen if i have this thing in my bag.

actually, i want a gadget that can meet my needs. it is:

1. long life battery
2. assignment friendly (boleh wat assignment kat mane2 la kirenye..haha)
3. portable media player
4. portable ONLINE anywhere anytime
5. CHEAP :p
6. low profile
7. MOBILE

so, after i berangan2, i found out that netbook very suit with me. the budget shoul be around RM1200++... but guys, what brand should i choose.. thats the hardpart...



acer?? (google lagi )

...so if any of u got suggestion about this, i really appreciate that.

my laptop which ive using now is old.. :p well, 3 years is old right...

1. its lagging if i make mulllllltiple task.. :p
2. battery life plus minus 5minutes (this the very power of 10 bad part)
3. scrin not bright
4. no nvidea graphic card (intel chipset family graphic card i think)
5. weight


ni la laptop aku (tpi compaq tu buang, ganti ngn webcam k) from google

well, i think its necessary to buy a netbook that will stay for 9hours :p ... so that i can o9 anyway, anytime...haha

please give suggestion and opinion... i wonder what brand i shall buy... biar teguh membeli, aral memakai... betul ke ni??? abg anip..check... hehe

banjir oooh banjir

Berita terkini, 31 march 2011, para pelajar digemparkan dengan pengumuman kuliah, kelas, lab dan test dibatalkan akibat bencana banjir baru-baru ini... bilik gerakan banjir telah ditubuhkan hasil gabungan majlis perwakilan pelajar (mpp) dan majlis perwakilan pelajar kolej kediaman (mpkk) kolej kediaman tan sri aishah ghani dan tun fatimah. Ini merupakan banjir kedua yang berlaku kat perlis semenjak aku berada di perlis. Tapi banjir kali ni tak seteruk dulu. Kalau november 2010 yang lepas, kebanyakakn negeri pantai timur dan utara seperti alor star ditenggelami banjir. Tapi tahun ni, apa yang uniknye adalah di utara ini, hanya perlis sahaja dilanda banjir.

tak kurangnya, pengalaman memberi pengumuman kepada penghuni-penghuni kolej kediaman mengenai maklumat semasa contohnya, paras air, bekalan makanan dan notis cuti adalah satu pengalaman menarik lebih2 lagi pengumuman cuti, suara sorakan pelajar amat lah menggalakan. hahaha.... i like...

Seperti post yang lepas, aku suke banjir ni sebab kelas, kuliah ngn test cancel, tapi tu dari sudut naif aku, kalau dari sudut org awam di luar sana, pastinya banjir adalah satu musibah besar kepada mereka, para pelajar sekolah diberi cuti, segala pergerakan menjadi sukar, wabak penyakit seperti taun menggusarkan hati mereka. Tapi jgn risau, keadaan semakin pulih walaupun statistik paras sungai sesetengah sungai di perlis melebihi paras bahaya. Aku pun sedih juga bila pesta komputer yang sepatutnya berlangsung pada 30 march dibatalkan/tangguh akibat tempat penganjur juga ditenggelami air.... T_T

Moga mereka yang mengalami kesusahan yang berpunca dari musibah banjir kali ini mampu bersabar. Ape2 pn, hari isnin ni, keadaan akan kembali seperti sediakala. Huuu~ maknenye test2 yang tertangguh dulu pun, di sambung balik laa...
STUDY! Hehe... korang jadi macam aku faham, mengharapkan bencana alam memihak utk kepentingan diri sendiri :P

Sekian sahaja...

Tuesday, March 29, 2011

Perkara yang harus anda lakukan sebelum banjir

banjir adalah satu peringatan kepada kita semua. banjir mengakibatkan bermacam-macam masalah kepada si mangsa. kesan yang mungkin berlaku apabila banjir adalah:

1. Bekalan air bersih di potong.
2. Bekalan elektrik di potong.
3. Bekalan makanan tak mencukupi
4. Mesin atm out of service (duit habis)

jadi, bila kita dah confident memang air bah akan naik, korang kene prepare beberapa perkara:

1. Sediakan air bersih untuk minuman dan masakan (senang nk masak meggi).
2. Charge bateri laptop penuh2
3. Beli roti or mee segera sesegera mungkin... (igt2 org blakang, jgn panik)
4. Keluarkan sejumlah duit mengikut keperluan. (jgn bnyk sangat, kang hilang plak susah)

kalau anda berada di kolej kediaman, sila beri kerjasama kepada petugas-petugas gerakan banjir contohnya semasa bancian di buat. Ambil perhatian kepada setiap pengumuman yang di buat.

saya suka hujan

Assalamualaikum to all my readers...
Hari ini, sudah hampir genap 2-3 hari perlis mendapat rahmat hujan. Kejap renyai2..kejap lebat... kejap panas... kejap mendung... Allah mengatur alam ini tanpa rasa berat... Subhanallah...

Hari ni, from my observation pagi tadi sewaktu otw ke kelas... sungai sudah hampir penuh.. perparitan sudah kelihatan separuh penuh... firasat kecil hati ini mula mengatakan... “ kalau leee hujan ni sampai ke esok, banjir la perlis ni ..hehehehe”

Pada penghujung tahun 2010, perlis telah dilanda banjir besar setelah satu jangka masa lama hujan tak berhenti turun. Empangan terpaksa dibuka bagi mengelakan overflow berlaku... bencana banjir membawa seribu satu erti pada aku... time banjir lah, kelas + kuliah + tutorial + lab akan di postpone or batal... test2 akan ditunda utk satu masa yang cukup utk ulangkaji. Assignment2 tertunggak mampu disiapkan...hahaha... itu dari sudut aku seorang student..


"ni la pic banjir yg aku tangkap hujung tahun lepas... kat depan tu rumah raja muda perlis"





" apabila banjir, daratan bertukar menjadi seluas lautan"



" time banjir la masa utk merasa naik lori.. time ni, lori besar ni la jadi kenderaan utk ke tempat bas"


"eh, iklan penaja le plak (otw lpas trip ke tmpat bas) :P :P "


Namun, kontra banjir ni pulak adalah elektrik berkemungkinan dipotong... bekalan air bersih terjejas... bekalan makanan terganggu dan macam2 lagi...
Kita tunggu dan lihat sama ada hypothesis hisyamuddin ni benar terjadi atau pun sekadar angan2 stress yg diakibatkan oleh ujian midterm... :P

The Independent Shadow: We are Queens

The Independent Shadow: We are Queens: "A British man came to a Sheikh to ask something. British man: Why is not permissible in Islam for a woman to shake hands with a man?  S..."

Saturday, March 19, 2011

hari ini dalam sejarah

Hari ni, 19 march 2011, satu detik bersejarah... acara 200m mewakili ppk sendiri... macam2 pengalaman baru belajar hari ni.... sebelum lari, sempat lagi buat sikit research macam mane nak lari 200m balapan ni... ni antara sumber berguna yang aku jumpa tengah hari tadi terutamanya youtube... video2 tutorial banyak kat situ... really helping a lot.
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080325183711AAtubwi
http://www.youtube.com/watch?v=5BARo2-sfBs
http://www.youtube.com/watch?v=Dk2nY_64roE
http://www.youtube.com/watch?v=RMSuW7dn6xU&feature=autoplay&list=PL69350CACEA36BC8E&index=35&playnext=2

pengalaman2 macam ni, bukan selalu dapat, waktu2 begini la nak rase bende mcm ni... at least, cuba dulu... time nak lari tu, memang pshycology penting laa..ahahaha...

sekian saja entry hari ni...
see u next entry 

Thursday, March 3, 2011

The Followers...thanks for ur support.. :)

assalamualaikum....hee~ hari ni..betambah lagi seorang followers aku... orang yang aku kenal jugak... her palname is Bella leeroy...

thanks bella for showing support on my humble, ugly blog...
( aku harap x laa buruk sangat... yg penting isi blog...hak3...)


buat blog ni, macam community service... hehe... hati2 bila menulis..
image source: goooogle...haha

untuk information korang... dia ni... baru lagi bukak blog...hak3...ape lagi...pegi la blogwalking kat blog sahabat aku ni...ak bace second entry dia...fuhhhh.... semangat.... begini la kualiti dalam penulisan... bagi aku... hasil nukilan yang baik dan berkualiti adalah tulisan yang memberi inspirasi kepada readers...(inspirasi yang baik2 je k...yang jahat.. x termasuk)

sometime... kita bukan nak mengharapkan followers yang ramai... tapi atleast... give ur best to inspired people to become better person.... ( hehe...kalau follower ramai pun sedap jugak...hahaha) ingat, setiap bende baik kita ajar kat orang...kita dapat akaun kat bahu kanan... tapi AWAS! bende2 buruk yang kita ajar kat orang even in the blog... beware of the risk in the next alam... conclusion nye... semua bende kita buat... fikirkan risiko perbuatan kita kelak... macam ni baru matang... hak3

anyways... welcome to the blog world bella... keep fighting with your words...neber givup... hak3...

yaahaaa... new record!!

hik3... hari ini, satu rekod baru telah tercipta... ianya jarang sekali berlaku pada aku...
ini satu pencapaian yang di luar kotak pemikiran aku sendiri...korang nak tau ap rekod tu?? haha...

Aku tak tido time kuliah pagi tadi!!!

aku tau... bende ni simple bagi korang...alah..tido dalam kelas is not a big deal... for me...its a BIG DEAL.... ce korang bayangkan...seminit korang tido..korang dah terlepas beberapa point penting yang lecturer korang sampaikan sama ada dalam bentuk formula atau pun tips2 utk exam... haha...


adakah aku macam ni time tido dlm kelas??
source image: google

for your information... pagi tadi...aku ada kuliah dari jam 8am till 2pm...
setiap sesi kuliah = 2jam

thanks to my lecturer... they give time to rest during lecturer... even finish the class earlier... really thanks to them...

aku harap, lpas ni aku akan still macam ni...buat rekod ni berulang2 kali sehingga menjadi satu kelaziman utk tidak lena dalam kelas... hik3... korang doakan k...

thanks for reading... hehe

Monday, February 21, 2011

doa senjata kita!!

Doa...

Oritez...hari ni...entri aku is about doa...

salah satu hadis mengenai kepentingan doa,

Berdoalah kepada Allah. PadaNyalah kamu yakin dengan diperkenankanNya doa kamu. Dan sesungguhnya Allah s.w.t tiada menerima doa dari hati orang yang lalai dan cuai (lengah)
(H.R. At-Tirmidzi)

Apa korang fikir bile bercakap mengenai doa.. adakah ianya sekadar rutin selepas solat? Atau bile doa time nak jawab exam?
Doa adalah senjata orang2 islam.. senjata ni, kita jangan sekali2 tinggal kat mana2...sangat merbahaya sebab senjata ni la yang akan melindungi kita dari anasir2 bahaya dan hasutan2 durjana syaitan.

credit: google + http://sentuhankasihsuci.blogspot.com/2010/05/tips-doa-untuk-kekasih.html

Setiap doa yang baik adalah ibadat. Time kecik2 dulu, bukankah kita di ajar pelbagai doa harian? Doa masuk tandas, doa makan, doa tidur dan banyak lagi. Dari situ, kita dah boleh nampak kepentingan doa dalam hidup seorang mukmin.

Setiap kali dilanda masalah, berdoa lah kepada tuhan yang Esa. Bile tak ada masalah, lagi la kita kene banyak doa. doa yang paling penting bagi aku ialah doa memohon keampunan atas dosa-dosa yang lalu diampunkan dan dipelihara dari neraka dan dimasukkan di dalam syurga.
Allah takkan menghampakan doa dan harapan baik dari hamba-hambaNya asalkan kita sedar akan hakikat dan menaruh sangka baik kepadaNya.

bile kita melakukan kesalahan, istghfar dengan lidah... istighfar pun doa juga kan...
bile masak, ada doa yang patut kita baca, supaya masakan jadi lebih berkat...
bile kita diuji dengan ujian dunia, doa adalah benda pertama kite patut buat,,, sebelum dan selepas kita diuji... contohnye,, masalah kewangan, masalah peribadi, 1001 masalah...

so, ni serba sikit mengenai doa... jom amalkan doa banyak2 lpas ni... slow2 kita istiqamah... ada kebaikan kat situ.


berdoa sampai bila2 pun... macam pak cik kat atas tu ..jom contohi dia :) (credit :http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2010/10/08/bahasa-doa-di-ambang-bulan/ )

Monday, February 7, 2011

di pertengahan perjuangan...

assalamualaikum semua, amacam tajuk entri kali ni... nampak macam aku nak tulis sumting filosofi..hehe..

entri kali ni datang bile memikirkan cuti pertengahan semester kali ni berakhir, secara x langsung, ini menandakan...

FINAL DAH DEKAT

lepas ni, mana ada cuti panjang dah... siap sedia semua, kita bakal menggempur masa getir tak lama lagi, cukup lah separuh masa pertama kita bermain2 dan leka... sekarang masa untuk kita bangkit, kita perlu bangun dari tiduuuuuuuur yang panjang..


(bangun dari tidur cepat :P) pic kredit to yahoo image


from now, banyak la test menyusul, jangan tunggu study week baru nak print nota...jgan tggu study week baru nak terjah bilik lecturer...

mulakan dari sekarang

sekarang kite dah patut start fenomena stay kat library ... slalunye, kat universiti aku, study week, penuh.. kalau x studi week... lengang jee... hahahaha...

ak berazam... nak buat berusaha wat assgnmnt scara pintar... not like b4, kopi dan pasta...

korang punya azam? terpulang... jangan letak azam tinggi sangat.. contohnya... poiter 4.0... memang korang nye azam superb lah..

(pic credit to yahoo image)

selamat berusaha korang!! jgn mengalah di tengah jalan!!

(pic credit to yahoo image)
"genggam bara api, biar sampai jadi bara"
chaiyok!

aku dan bisness

assalamualaikum,

akhirnya, aku nak tulis satu entri yang menarik perhatian akal fikiran aku untuk berfikir dengan lebih mendalam. sebelum tu, aku nak tanya korang, korang pernah tak didatangi ahli keluarga, sahabat handai dan sewaktu dengannya di mana mereka ini datang untuk cuba mempromosikan bisnes yang diorang buat? selalunya, bisnes yang diorang bawak berasaskan networking atau pun multi level marketing yang memerlukan kita mencari downline...

aku memang suka bisness, hajat di hati ni, memang nak jadi kaya cepat2... boleh beli moto baru, kete baru, bini baru (eh? :P) ... sekarang ni kan zaman di mana "no money, no talk" nak masuk tandas pn kene cas... aku memang minat, sekarang aku dah join beberapa kompeni la yg gne sistem networking...

"bukan senang nak senang"

aku suke pakai ayat ni... networking memang kelihatan mudah... tapi in my opinion, nak mencari downline itu memrlukan usaha yang gigih... korang kene petah menerangkan bisnes korang..pandai menarik ati prospek...baru la dia minat nak join... bende alah ni yang aku lemah, aku x minat mencari networking sangat...ak lagi suka kalau buat bisness yang nampak produk kite...contohnye, jual gule2 ke... keropok ke... at least, ak nampak duit tu masuk keluar dpan mata...




time ak kat hostel dulu, ak dah start dah bisness kecil2lan... puas... korang bukan x tau, mlm ni ada yang kate boleh, ade kate haram... bende alah ni menyebabkan aku rase ragu2 dan sangsi a.k.a syubhah... syubhah ni kita patut tinggalkan...memang ganjaran lumayan menanti bagi mereka yang berjaya, namun ati aku ni sudah beku dengan biz yang gune sistem mlm. aku memang anti sistem piramid...jelas lagi bersuluh keharamannya...

aku tulis entri ni bukan nak jatuhkan smgt member2 yang sedang hangat buat biz network... tapi aku nak sampaikan, korang teliti betul2 tindakan korang dalam universiti.

1st: "our parents sent us here not 4 business, they sent us here to study"

aku memang cuba ingat ayat kat atas ni baik2... ak merasakan kalau kita nak buat bisnes kat universiti ni, cukup sekadar mahu menimba pengalaman, bukan bermatlamat untuk menjadi seorang hartawan sambil mengorbankan masa study...

2nd: networking bisnes especially pyramid system is dangerous...

sebab ap ak kate mcm tu, sebab kita x tahu sama ada perniagaan tu halal ke haram, zaman sekarang ni, penyelewengan berlaku di mana2... sekali pun diorang tunjuk sijil anugerah halal, cube cari inisiatif sendiri, comparekan sendiri bisness plan company dengan hukum syarak.. jangan follow like buffulo , kelak takut menyesal di kemudian hari...

di mudahkan cerita, aku x berkenan dah dengan bisness multilevel... ak syorkan korang fikir dulu sebelum buat keputusan, buat kajian dahulu sebelum buat apa2 tindakan... cari ilmu yang sepatut nya apabila nak menceburi sesuatu bidang.


sekian sahaja entri aku kali ni... mohon ada pandangan bernas... kemukakan di bawah... aku harap sangat sesiapa yang ada pengalaman cara2 mengelak dari di approach orang2 networking secara berkesan share pengalaman korang... x rugi kan ? :)






duit bukan segala-galanya... biar kita miskin di dunia tapi kaya di akhirat ... rather than kaya di dunia, namun akhirat kita???

renung2kan :)

Friday, February 4, 2011

pengajaran di pagi buta

Hari ni ak tekejut...

Sudah mnjadi rutin bagi aku untuk komen mana2 status update member2 kat facebook.... dalam kepala otak ni, memang ak set bahawasanya:

“orang yang tulis status kat facebook memang nak org respond terhadap luahan atau pandangan di facebook”

ak pun tengok status si fulan ni, panjaang... jadi ak pun komen la ... the respons i get maybe dapat “...hahaha” atau pun penjelasan mengenai status nya itu... owh...rupanya... ak dapat warning...

if u dunno anything,juz close ur mouth!

Darah muda menyirap especially tang efostropi atau dalam bahasa melayu, tanda seru ... nasib fikiran masih waras, cbe la think positif... bukan sng nk positif rupanya..

(maybe ni mke ak time marah)


Ak try la faham situasi si fulan ni... maybe stress... maybe member dia kat mesir berada dalam situasi merbahaya ke...banjir kee.. mana kite tahu kan...seribu satu masalah maybe sedang melanda

So, hari ni..memang nasib gua kurang baik laa... kene marah kat fb... so bagi korang2 di luar sana yang berfb... plss ingt ayat ni sebelum komen status org lain..

“if u dunno anything,juz close ur mouth!”

Lepas ni, ak rase ak dah cuak nak komen lg la kt fb...may be trauma buat satu dua hari ni...
In my opinion, each time u post the status entry kat facebook korang... its mean we want to deliver or share the feeling or opinion kite time tu... so, bile sumone komen, reply it “nice”ly.... avoid using “!”, takut di salah erti...
bukankah “budi bahasa budaya kita”
Igt, bahasa mencerminkan peribadi kita... take care with each of your word u said... u’re responsibe for the words u say... bukankah lidah itu lebih tajam dari mata pedang

Orite... smpai sini entry ak... udah pagi ni...mana yang buru, datang dari ak... sy juga insan lemah

p/s: yg trasa, im sorry ye... identiti anda dalam ni slamat (buat masa ni le)... ak jus nak sampaikan ap yg terbuku dalam fikiran... harap2 lepas ni, x de org mcm ak komen status hang. 

"keep your head down"

sejak kebelakangan ni, ak rase ak dah minat kat lagu ni...

tajuk: why (keep your head down)
artis: tvxq/dbsk

i like the rythm n the music beat dia...power2.. maklumla..test speaker baru... :P
dsbb kan lagu ni in korea language, ak x faham sgt la, so..cari meaning lagu ni..jmpe la...




Keep your head down U-Know time (Max)
You know what time it is?
This is return of the king

(Everything has ended) I didn't even start yet
(We broke up) I haven't even heard the reason yet
Everyone around me keeps asking me why I'm like this
Why are you like that, why are you like that? I'm already the bad guy

(If it's a sin) If loving you was a sin
(If that was a shin) If being genuine is a sin
(I'll keep it low, I'll keep it low) I'll hold it in and stand my ground

(Keep your head down)
You look pretty, but inside you're so different, that's what I'm afraid of
(Keep your head down)
I said I loved you but I'll let you go

(Why?) Did you leave me so easily
(Why?) Did I look easy to you?
(Why?) My heart is ripping to shreds
(Why?) If every moment was a dream
(Why?) If only I had the time to set it right
(Why?) I prayed for your happiness

I was always satisfied with having you
I was happy to dream the same dream as you no matter what they said
I had to let you go, but I'm just walking my path anyway
Now I'm just chillin', Feel like I'm healing

It's too late, you said you can't come back
You've always believed that I'd crumble without you
That's a misunderstanding, why would I do that? why, why, I told you I wouldn't

(Hey) I was really, really sad, because you were so immature
and I was afraid you'd meet someone bad (Why? baby)

[ From: http://www.metrolyrics.com/keep-your-head-down-lyrics-tvxq.html ]


(Keep your head down)
You're really pretty, but that's all there is to you, there's nothing important inside of you
(Keep your head down)
A nail is driven into the heart that is holding in the pain of love

(Why?) Why
(Why?) You let go of our love so easily
(Why?) Did you ever think that someone would get worried?
(Why?) I don't think you know yet
(Why?) Exactly just what you let go of
(Why?) Just remain there and watch me grow

Ha~ Don't play with people like that
In front of me, all you do is speak of lies
You're such a two-faced person
(Why why why) Since when did our crystal-like feelings become so opaque?
Our love has ended, I've let you go, and now my heart is empty
But my future is gesturing towards me to get up and smile
I'm letting you go, live happily (why why why)
One day far from now, far from now, I want to just smile comfortably

(Why?) Why
(Why?) You let go of our love so easily
(Why?) Did you ever think that someone would get worried?
(Why?) I don't think you know yet
(Why?) Exactly just what you let go of
(Why?) Just remain there and watch me grow

(Keep your head down)
Erased, disappeared, you've burned to death in my heart
(Keep your head down)
Erased, disappeared, you've died in my heart and you no longer exist


korang jgn leka plak dgr lagu2 mcm ni... dunia ni... jgn amik sgt... :)

Wednesday, January 26, 2011

deMam dan UJian

hari ni, badan memang rase x brape sedap... tekak rase pedih2...badan plak rase panas... ni la tanda2 nak demam... demam ni memang slalu datang tanpa diduga...


demam ni ubat x susah... panadol 2 biji stiap 6 jam... doa kene ada skali mohon di sembuhkan penyakit... skarang dah habis 6biji panadol telan... rase ok la sikit... tapi tetap not feeling very well..

kalau kite diserang penyakit... yakinlah, itu adalah penebus dosa2 kita sebelum ni... ni salah satu bentuk ujian terhadap kita... skarang, terpulang pada kita untuk menghadapi dengan cara yang tersendiri... hadapinya dengan tabah... demam ni kira ok lagi... saudara2 kita yang diuji dengan penyakit yang lebih parah mcm kencing manis, sakit jantung... komfem lagi perit... di luar, nampak biasa, tapi dalam hati mereka2 ini...siapa yang tahu


kalau kita jumpa orang yang sakit...doa2 kan mereka pulih dan kembali sihat...at least, daripada tengok dengan pandangan kesian, lagi bagus kalau kita doakan mereka... InsyAllah makbul... pastikan kita ada tolong diorang walaupun dengan berdoa... kalau rase berkemampuan... tolong lah diorang ringankan beban...contohnye derma2 utk kebajikan... x susah pn kalau ikhlas...


doakan untuk saudara2 kita yang sedang ditindas di sana.... ingat sahabat,.. bukankah doa itu senjata orang mukmin... mari kita gunakan senjata itu secara optimum.... Allah S.W.T suka hambanya meminta dan berdoa kepadanya... (x ingat ayat ap dalam al-quran, sape tahu, tolong comment..huuu)



berpesan-pesan pada kebaikan... moga kita x tergolong dalam golongan orang yang rugi...

( pic2 diambil dari enjin carian...kredit to yahoo image search)

sekian sahaja... post kali ni.. Assalamualaikum

Tuesday, January 25, 2011

boom boom! boooom!!

haaa,,, hari ni happy sangat2... maklum la... assignment sempat siap sblum time... dapat makan nasi goreng home made... walaupun sedikit rasa sakit tekak... maybe nak demam...telan lah panadol 2 biji sbagai usaha...InsyAllah..ok la ni...


kali ni aku nak berkongsi dengan korang pasal speaker baru aku.. :P



harganya, RM230... huuu... nak wat mcm mane,dah minat, gara2 nak dengar lagu korea yang power2 sound nyer...maka ini lah pelengkap bunyi kat bilik ak...

dengan jenama altec lansing... ia memang tidak mengecewakan.. bilik aku begegar bai... hehe... baru suku dari volume, memadai untuk telinga ak puas...

conclusion nye, speaker ni memang power laaa sampai member bilik depan complain volume kuat..hehe...

serba sedikit mengenai speaker baru aku ni :

brand: Altec lansing VS4121
colour: black
RMS power: 31watts
peak power: 62watts
powerful sound
impressive bass
design low profile

sekian saja entry kali ni... (tengah dengar lagu DBSK " keep your head down" )

ingat, jangan leka sangat dgn barang dunia ni sgt..sekadar mencukupi sudah...

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...