Monday, February 21, 2011

doa senjata kita!!

Doa...

Oritez...hari ni...entri aku is about doa...

salah satu hadis mengenai kepentingan doa,

Berdoalah kepada Allah. PadaNyalah kamu yakin dengan diperkenankanNya doa kamu. Dan sesungguhnya Allah s.w.t tiada menerima doa dari hati orang yang lalai dan cuai (lengah)
(H.R. At-Tirmidzi)

Apa korang fikir bile bercakap mengenai doa.. adakah ianya sekadar rutin selepas solat? Atau bile doa time nak jawab exam?
Doa adalah senjata orang2 islam.. senjata ni, kita jangan sekali2 tinggal kat mana2...sangat merbahaya sebab senjata ni la yang akan melindungi kita dari anasir2 bahaya dan hasutan2 durjana syaitan.

credit: google + http://sentuhankasihsuci.blogspot.com/2010/05/tips-doa-untuk-kekasih.html

Setiap doa yang baik adalah ibadat. Time kecik2 dulu, bukankah kita di ajar pelbagai doa harian? Doa masuk tandas, doa makan, doa tidur dan banyak lagi. Dari situ, kita dah boleh nampak kepentingan doa dalam hidup seorang mukmin.

Setiap kali dilanda masalah, berdoa lah kepada tuhan yang Esa. Bile tak ada masalah, lagi la kita kene banyak doa. doa yang paling penting bagi aku ialah doa memohon keampunan atas dosa-dosa yang lalu diampunkan dan dipelihara dari neraka dan dimasukkan di dalam syurga.
Allah takkan menghampakan doa dan harapan baik dari hamba-hambaNya asalkan kita sedar akan hakikat dan menaruh sangka baik kepadaNya.

bile kita melakukan kesalahan, istghfar dengan lidah... istighfar pun doa juga kan...
bile masak, ada doa yang patut kita baca, supaya masakan jadi lebih berkat...
bile kita diuji dengan ujian dunia, doa adalah benda pertama kite patut buat,,, sebelum dan selepas kita diuji... contohnye,, masalah kewangan, masalah peribadi, 1001 masalah...

so, ni serba sikit mengenai doa... jom amalkan doa banyak2 lpas ni... slow2 kita istiqamah... ada kebaikan kat situ.


berdoa sampai bila2 pun... macam pak cik kat atas tu ..jom contohi dia :) (credit :http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2010/10/08/bahasa-doa-di-ambang-bulan/ )

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...