Sunday, May 22, 2011

buku oh buku

membaca amalan mulia. tapi hanya untuk mereka yang membaca perkara yang membawa faedah sahaja k.
membaca amat di tuntut oleh agama bahkan ia adalah arahan dari wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullullah S.A.W. yang jelas menunjukkan betapa pentingnya membca di dalam kehidupan seseorang.

amalan membaca per;u dipupuk sejak kecil lagi. kate orang2 tua, melentur buluh, biar dari rebungnya. jika, time kecik2 dulu, kita baca buku cerita dongeng, manga dan sebagainya.


apabila kita meningkat dewasa, kita harus menukar genre bacaan kita kepada yang lebih berat sedikit sesuai dengan umur kita. contohnya, di ketika di sekolah menengah, kita sudah perlu membaca buku-buku ilmiah ringkas seperti cerpen sejarah tokoh2 islam dan bagi yang wanita, selalunya mereka akan membaca novel-novel cinta. :P

so, apabila kita mencecah usia belia, genre bacaan kita seharusnya berubah kepada yang lebih serius contohnya sejarah penaklukan istanbul, buku-buku agama, politik dan hal ehwal semasa.

genre bacaan kita melambangkan tahap pemikiran kita. sekiranya kita masih membaca naruto lebih kerap berbanding buku2 ilmiah di usia 20-an, saya kira ini adalah sesuatu yang merisaukan. belia negara seharusnya besiap sedia dengan ilmu di dada agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan menjadi modal insan yang baik untuk dicontohi adik2/junior2 di luar sana.

adalah sesuatu yang memalukan jika kita tidak suka membaca. budaya barat sudah lama mengamalkan budaya membaca, lihat sahaja di dalam begnya, pasti ada buku untuk di baca di waktu lapang.

akhir kata, jika kita hendak mengubah nasib sesuatu masyarakat/bangsa, kita hendaklah mengubah diri kita dahulu.

2 comments:

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...