Wednesday, April 6, 2011

Tribute to ikan laga


hmmm... aku rasa dah hampir sebulan lebih ikan laga aku ni menceriakan hidup aku... bile dia kenyang, aku suka tengok dia berenang. entah tetiba rase nak bela ikan, aku pergilah ke pusat haiwan peliharaan, mencari bakal sahabat baru kat bilik single aku. aku pilih ikan ni sebab ak nampak dia macam paling aggresif kat situ.. aku memang suka ikan aggresif ni...hahaha... ak beli ikan ni sekali dengan bekas, anti klorin n makanan dia, total tak sampai RM10 pun... murah rupanye nak bela ikan kecik ni.

selepas beberapa ketika, aku tengok dia ni macam bosan je duduk kat bilik sorang2...so aku ambil keputusan untuk bawak teman kecil comel yang berharga RM1.50... murah je ikan tu, tapi kiut...hahaha... aku letak sekali dalam bekas tu, elok je letak, ikan kecik ni dah kene sondol...adess...gaduh le plak...petang beli, malam tu jugak ikan kecik ni mati...

maybe kne infection, ikan laga aku ni pun sakit... aku beli ubat Anti-Ich dengan harga RM2. lepas pakai dalam 2 3 hari, ikan aku pulih.... ada la dalam 2 mggu kot... dia sihat. ok je ak tgk.. makan pun laju..taik pun banyak T_T..hahaha

hari jumaat minggu lepas, aku bawak keluar meja studi aku sekali dengan ikan ni, ntah ape jadi kat dia, tetiba tak nak makan... sisik dia warna biru nampak lusuh... sakit lagi ikan aku ni..huuu....

semalam, keadaan ikan laga aku semakin kritikal apabila dia mula berenang senget ke atas... atas saranan member berpengalaman, shell.. nampak la perubahan sikit ikan aku ni, boleh laa kate dia ni nampak harapan kembali pulih... tengah hari tadi, aku singgah kedai ikan... tanye masalah ikan aku ni, tokey tu bgtw aku, ikan aku lapar... maka aku di sarankan beli cacing kering. aku pun beli dengan harga RM2, dengan senyuman, bawak moto balik... harapan tinggi menggunung nk tgk ikan laga aku pulih.

aku naik tangga, member aku, irwan shah bagitau, ikan aku dah mati.... aku tak pecaya...aku bukak pintu rumah, tgk dari jauh, ikan aku dah nazak giler tebaring kat dasar bekas dia... aku bubuh cacing kering tu, tapi segalanya terlambat... ikan aku tak dapat di selamat kan... huuu

semalam adik aku, amir bagi cadangan bernas,, ikan laga masak 3 rasa...hahaha....smart la... isi ikan aku ni memang "banyak".

entri ni tak banyak gambar... gambar kat atas tu pun amik kat google... nnti member aku balik, aku tangkap gambar arwah...





kita kene sayang mereka yang berada dengan kita sebelum mereka meninggalkan kita. berjasa lah pada orang yang menyayangi kita (aku maksudkan ibu bapa k, bukan gf, bf k) sejak dari kecil.

hargai rakan2 yang selalu berada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita..

adalah satu lumrah, setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. jadi, gunakan peluang yang ada untuk menjadikan pertemuan kita lebih bermakna dan diberkati oleh Allah.

oh ikan...


p/s: lpas ni nak beli lagi ikan... :P

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...