Wednesday, April 6, 2011

perkara yang mudah tapi sukar

yang lepas, biarkan lepas.. yang pergi, biarkan pergi...

saling maaf memaafi adalah satu perkara yang dituntut di dalam Islam. Barang siapa yang tidak bertegur sapa dengan saudara mara atau sahabat handainya lebih daripada 3 hari (kerana berkelahi), dia akan mendapat satu kesusahan yang besar sekali di akhirat kelak.

siapa yang benar, siapa yang salah? yang penting di setiap pertelingkahan yang berlaku harus ada kemaafan di hujungnya. jangan sampai kita tergolong di dalam golongan yang rugi hanya kerana tidak bertegur sapa dengan sahabat atas satu alasan yang tak munasabah.

recently, saya baru menyedari bahawasanya memberi kemaafan kadang kala merumitkan. saya adalah seorang yang sensitif... (hahahaha... mostly laa). ada sometime, member2 bergurau kasar dengan kita, kita boleh terima, tapi bila kita terasa hati dengan member tersebut, terpalit satu kebencian di hati. tapi satu pesan saya, sekuat mana terasa, terbakar, tercalar hati kita, jangan lebih 3 hari. itu prinsip yang saya pegang sejak saya di zaman persekolahan lagi.

kalau kita lihat di sekeliling kita, ada di antara sahabat2 kita berkelahi, bercanggah pendapat sehingga tidak bertegur sapa dalam tempoh masa yang lama (lebih 3 hari). renung2kan kembali perlakuan kita dahulu. apabila kita nak buat sesuatu, fikirlah sekuence di masa hadapan. berdamai adalah satu option yang terbaik walau pun pahit.



kalau kita si pelaku salah, sedar lah, bukan semua orang mudah memaafkan kesalahan kita. apabila kita buat salah, mohon kemaafan sesegera mungkin. ego bukan sesuatu yang penting berbanding nilai perrsahabatan yang bakal tergadai jika kita saling ego antara satu sama lain.

"yang lepas, biarkan lepas.. yang pergi, biarkan pergi..." ayat untuk hilangkan kepahitan memaafkan orang... bukan mudah nak memaafkan seseorang.


hati ini, bila dilukai dengan kata2 setajam pedang... amat sukar untuk sembuh kembali seperti sediakala. so, kepada anda yang membaca, cuba sehabis baik untuk jaga relationship korang dengan kenalan sebaik-baiknya... at least, kita berusaha...


p/s: terngiang-ngiang lagu sorry-sorry dendangan super junior.

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...