Friday, April 1, 2011

banjir oooh banjir

Berita terkini, 31 march 2011, para pelajar digemparkan dengan pengumuman kuliah, kelas, lab dan test dibatalkan akibat bencana banjir baru-baru ini... bilik gerakan banjir telah ditubuhkan hasil gabungan majlis perwakilan pelajar (mpp) dan majlis perwakilan pelajar kolej kediaman (mpkk) kolej kediaman tan sri aishah ghani dan tun fatimah. Ini merupakan banjir kedua yang berlaku kat perlis semenjak aku berada di perlis. Tapi banjir kali ni tak seteruk dulu. Kalau november 2010 yang lepas, kebanyakakn negeri pantai timur dan utara seperti alor star ditenggelami banjir. Tapi tahun ni, apa yang uniknye adalah di utara ini, hanya perlis sahaja dilanda banjir.

tak kurangnya, pengalaman memberi pengumuman kepada penghuni-penghuni kolej kediaman mengenai maklumat semasa contohnya, paras air, bekalan makanan dan notis cuti adalah satu pengalaman menarik lebih2 lagi pengumuman cuti, suara sorakan pelajar amat lah menggalakan. hahaha.... i like...

Seperti post yang lepas, aku suke banjir ni sebab kelas, kuliah ngn test cancel, tapi tu dari sudut naif aku, kalau dari sudut org awam di luar sana, pastinya banjir adalah satu musibah besar kepada mereka, para pelajar sekolah diberi cuti, segala pergerakan menjadi sukar, wabak penyakit seperti taun menggusarkan hati mereka. Tapi jgn risau, keadaan semakin pulih walaupun statistik paras sungai sesetengah sungai di perlis melebihi paras bahaya. Aku pun sedih juga bila pesta komputer yang sepatutnya berlangsung pada 30 march dibatalkan/tangguh akibat tempat penganjur juga ditenggelami air.... T_T

Moga mereka yang mengalami kesusahan yang berpunca dari musibah banjir kali ini mampu bersabar. Ape2 pn, hari isnin ni, keadaan akan kembali seperti sediakala. Huuu~ maknenye test2 yang tertangguh dulu pun, di sambung balik laa...
STUDY! Hehe... korang jadi macam aku faham, mengharapkan bencana alam memihak utk kepentingan diri sendiri :P

Sekian sahaja...

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...