Monday, August 29, 2011

kisah aku dan emas (intro)

Assalamualaikum kepada blogers, salam sejahtera... lama dah tak tulis belog... atas alasan-alasan tertentu. pagi ni, aku rasa terpanggil untuk menceritakan satu kisah ringkas di antara aku dengan emas. (kalau aku tulis panjang2 karang, ak takut korang tak minat pulak)

seperti semua maklum, emas sememangnya bernilai tinggi. tamadun mana yang kite tengok tak de emas... manusia memang minat akan emas atas ciri2 fizikal dan keunikannye yang tersendiri dan salah seorang yang meminati emas adalah aku walaupun ak diharam kan memakai emas.

dipendekkan cerita, emas ni harganya mengikut nilai pasaran. beberapa tahun lepas, aku ingat lagi, satu gram emas baru rm80++/ 90++.... namun sekarang nilaian emas meningkat setinggi rm190/g

aku start memiliki emas ni pada awal bulan 6 tahun ni.. tak banyak, 1gram sahaja... 1 gram gold bar bunga raya yang dikeluarkan oleh kedai emas poh kong. deal secara online hanya di facebook. nama fb penjual tu, penternak kijang emas. aku beli dengan harga rm180 + pos rm10 = rm190. time tu memang tak nampak sangat faedah simpan emas ni. kalau boleh pakai, takpe jugak kan?

tapi, pada 20/8/2011 , aku n family pergi ipoh. terserempak la dengan kedai emas poh kong, so ak check value 1g bunga raya aku tu, Alhamdulillah, RM227 ... so automatically emas aku yang ak beli dulu sudah naik RM47 dalam masa 2bulan lebih... ini baru 1gram... kalau lebih?


ni la 1gram bunga emas berketulinan 999 or 24karat gold.. (kredit to google image)

ok... ini hanya intructory kepada rakan2 pembaca, niat di hati bukan nak menunjuk atau pun berbangga, tapi share dengan para bloggers mengenai kepentingan menukarkan aset anda di dalam bentuk wang kertas ( yang ade unsur riba) kepada aset yang berbentuk logam bernilai spt emas, perak, etc (yang insyallah terhindar dari riba)

bukankah mencari yang halal adalah wajib bagi kita??

pagi ni ada kerja sikit, nak cari rezeki duit raya untuk ditukarkan kepada dinar dan dirham. sape ade sebarang cadangan, komen dan cadangan anda amat dihargai

salah silap mohon ampun, Insyallah berjumpa lagi di post yang seterusnya. :)

assalamualaikum



No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...