Friday, December 24, 2010

bagaimana mahu berjaya dalam kejuruteraan???

Bagaimana mahu berjaya di dalam bidang kejuruteraan?

(dipetik dan diolah mengikut citarasa sendiri dari “How to succeed in Engineering oleh Bob Colwell, UC Irvine February 2008”) :p

Aku terbaca satu slide show menarik mengenai bidang yang aku ceburi sekarang ni iaitu kejuruteraan. Slide ni banyak memberikan bantuan bagaimana kita mahu berjaya di dalam kejuruteraan. Untuk berjaya di dalam sesuatu perkara, banyak halangan yang perlu ditempuhi termasuk di dalam bidang kejuruteraan.

Untuk berjaya di dalam bidang kejuruteraan, kita harus menyelesaikan masalah yang diberikan dengan membuat latihan yang terbaik. Jangan terikut2 dengan cara orang lain, ini membantutkan potensi kita untuk berjaya di dalam kerjaya ni. Perhatikan bagaimana keadaan sekeliling anda menyelesaikan masalah. Belajar lah dari situ. Belajar dari kesilapan adalah tidak praktikal dalam bidang kejuruteraan. Betul x? Belajar dari kesilapan orang lain adalah lebih bijak.. hehe

Well, tu baru intro, sekarang cuba lihat bagaimana kita mendefinisikan “kejayaan” itu sendiri. Apakah matlamat kita mengenai kejayaan itu sendiri, contohnya:-

“adakah saya ingin menjadi orang yang kaya raya?”
“adakah saya ingin mempunyai pekerjaan yang mempunyai gaji yang lumayan”
“adakah saya ingin mengubah dunia???”
Atau
“adakah ibu bapa kita yang meletakkan kita sehingga tahap ini??”

Kita mungkin boleh terus maju ke hadapan tanpa perlu menjawab persoalan seperti di atas namun, akhirnya kita tidak boleh lari dari menjawab persoalan ini. Di dalam islam, niat amat penting sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadat sekiranya ia adalah pekerjaan yang membawa faedah. Oleh itu, dari awal lagi, tetapkan pendirian anda mengenai kejayaan terlebih dahulu mengikut citarasa anda.

Baik, setelah kita setkan makna kejayaan di dalam minda kita, tibalah masa untuk memulakan langkah pertama anda di dalam bidang kejuruteraan. Cari perkara yang anda amat minat di dalam bidang ni. Apabila anda jumpa perkara yang paling anda minat contohnya biologi, cari kekuatan anda di situ. Pastikan anda belajar skill2 yang diperlukan di dalam bidang yang anda minat tu.
Contohnya, kalau dalam bidang kejuruteraan bioproses, proses fermentasi atau penapaian adalah proses yang penting di dalam bidang ni, so pastikan diri kita mahir mengenai setiap perkara berkenaan proses ini dan selarikan ia dengan kehendak industri masa kini. Dengan ini, anda akan mempunyai kelebihan yang lebih baik dari seseorang yang sekadar belajar hanya untuk memenuhi kehendak universiti sahaja.

Cuba fikirkan, apabila kita sudah bergelar seorang siswazah dan sedang ditemuduga oleh eksekutif syarikat, siapakah yang akan menjadi pilihan di antara 2 contoh di atas?
Karier jurutera adalah satu kerjaya yang saban hari berkembang. Oleh itu, tidak semestinya apabila kita telah menjumpai kekuatan kita di dalam bidang yang kita ceburi, kita tidak akan menjumpai kekuatan yang lain.
Contohnye, sekarang saya minat proses fermentation, tahun depan siapa tahu saya saya akan bertukar citarasa kepada proses pengklonan.

Hah, pening? Hak3.. biase la, pemikaran aku ni kekadang kompleks sikit..huuu...
Ok, skarang... step seterusnya, tetapkan matlamat anda untuk bekerja di bidang apa? Sesetengah bidang kejuruteraan amat meluas, tapi kita harus cuba fokuskan kepada bidang yang kita minat (mcm yg aku tulis kat atas tadi)
Seorang engineer harus berkebolehan serba serbi dalam bidangnya. Basically, seorang engineer harus:
• Pandai berkomunikasi
Komunikasi amat penting bagi jurutera kerana ia mampu mempengaruhi orang. Apabila kita mudah mempengaruhi orang, kita akan mampu mempromosikan diri kita. Antara contoh komunikasi yang penting di masterkan adalah cara kita menulis (journal, research or anything) dan presentation.

• Kerjasama/semangat berpasukan
Korang ingat, nanti bile bekerja, kita bekerja sorang2? Sudah tentu tidak, kita akan mempunyai team kita sendiri. Bina semangat kerjasama sesama sendiri, bersatu teguh, bercerai roboh. Apabila berjumpa masalah, gunakan jalan penyelesaian yang ada sebaik mungkin, berikan ia sentuhan innovasi apabila di rasakan perlu.

• Kepimpinan
Haa, ni aspek yang penting. Seorang jurutera menjadi ketua di dalam kerjanya. Kita akan sedari sendiri diri kita berada di dalam situasi memimpin apabila
-kita sering disoal
-kita sedar kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang lebih baik berbanding orang atasan yang membuat pekerjaan tersebut.
Seorang pemimpin harus bertanggungjawab diatas setiap tindakan yang dia ambil. Apabila di dalam konflik, ambil keputusan yang terbaik untuk syarikat.( kalau dah keje le)

• Banyakkan membaca bahan ilmiah
Pelajari mengenai manusia, kebudayaan orang dan lain2.

• Persaingan
Persaingan di sini saya maksudkan adalah persaingan yang sihat k.. bukan nye gaduh2. Yang ni korang dapat fikir sendiri, betul x?

Akhir kata, bidang engineering ni adalah pekerjaan yang berisiko. Ambil risiko ni dengan matlamat, berhati2 dan berani.

Banyak jugak celoteh ak pagi2 buta ni(1.52am 24/12/2010)..hehe... x pe, siapa yang bace, n dapat ilham... kire ok la tu... sape bace, rase stress je... im sory k... amateur lagi ni... blum pro..hahaha... berusaha untuk memberikan yang terbaik adalah ciri2 seorang profesional. Tetapkan piawai di dalam diri, aku letak piawai standard bile nak tulis kat sini...maklum la, sini tempat umum, salah maklumat... bahana besar menunggu di alam seterusnye.. kita harus bertanggungjawab atas setiap perkara yang kita lakukan, betul x?
Orite, sape ade komen, hak3, tulis2 la kat bawah uh... yang baik, buat teladan.. yang buruk, simpan dalam hati yek..hehe...
Assalamualaikum 

Thursday, December 23, 2010

hutang oh hutang

Hutang
Hmm, hutang ni bukan lagi perkara yang baru kite dengar, dari kecik lagi, perkataan hutang ni memang digemari ramai. Hutang ada pro dan kontranya. Terpulang pada diri masing bagaimana menguruskan wang. Seorang yang profesional bagi saya akan cuba mengelakkan diri dari hutang. Berbelanja mengikut kemampuan diri masing2. Sedia kan budget bulanan atau harian sebelum membuat perbelanjaan. Macam2 tips boleh kita dapat bagaimana kita mahu berbelanja secara berhemah.
Hutang adalah bebanan. Hutang ni akan sampai ke lubang kubur kalau kita x jelaskan hutang. Seriusnye membayar hutang ni jelas sekali di dalam islam. Seorang pejuang yang syahid akan diampunkan dosa2nya kecuali jika dia mempunyai hutang dengan orang lain (betulkan jika silap). Syahid ni kirenye memang dah lulus dah nak masuk syurga, tapi dengan syarat, hutangnya dengan manusia harus la settle terlebih dahulu.
hutang memberikan banyak implikasi kepada semua pihak start dari individu, keluarga, masyarakat dan negara. Korang pernah dengar tak tentang negara greece yang dibelenggu masalah ekonomi yang sgt teruk. Puncanya, HUTANG. Jika diteliti, negara2 maju seperti jepun, amerika dan sebagainya dibelenggu masalah kewangan yang berpunca dari hutang. Hutang2 yang terlalu besar sehingga mencecah angka billion amat membebankan. Lihat sahaja masa krisis ekonomi 1997, banyak syarikat yang gulung tikar, tidak mampu meneruskan perniagaan kerana tidak mampu menjelaskan hutang2 syarikat.
Di dalam kontek masyarakat, hutang telah menjadi sesuatu adat di dalam perniagaan. Hendak minum secawan kopi di gerai pun, ada yang sanggup mengambil jalan mudah menggunakan “buku 3 lima” . Masalah hutang di di kalangan masyarakat kita semakin meruncing dengan penggunaan kad kredit yang semakin popular kala ini. Penggunaan kad kredit menambahkan lagi bebanan hutang kerana hutang kad kredit mempunyai kadar faedah tertentu jika tidak dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank
Dek kerana hutang, ramai di kalangan masyarakat kita hidup bergantung kepada hutang, manakan tidak, gaji yang diterima, habis untuk membayar hutang2 tertunggak. Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, mcm2 lagi jenis hutang. Ada yang sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti atau along. Apabila tidak mampu membayar pinjaman, bahana dan musibah berat akan melanda si peminjam.
Hehe, tetibe je tulis psal hutang ni sebab ak adalah salah seorang mangsa masalah hutang, aku hutang dengan universiti time banjir besar perlis hari tu, maklum la, duit dah sengkek, tetibe ad org bgi loan, amik je la, x tau plak consequence dia.huu...
Nah, sekarang, bile reult dah kuar, x leh nak tengok sebab ada hutang dengan universiti. X cukup dengan tu, nak daftar subjek untuk sem depan pun x boleh..huu...malang2...
Esok nak g bayar balik 100 tu...harap2 bleh check result esok...orite guys, mata berat sgt ni..take care n so long readers...

Tuesday, December 21, 2010

profesionalism??

Orite, malam ni, banyak idea mencurah2 masuk dalam kepala ni...
Tetiba terfikir untuk mengambil inisiatif untuk menjadi seorang yang profesional.
guru, peguam, doktor, dan engineer. Namun, anggapan ni meleset sama sekali, search kat yahoo pasal profesionalism, bnyk point2 keluar kt situ. Ak tetiba teringin nak jadi seorang yang profesional.
Ni salah satu link yang menarik perhatian ak..
http://www.tipsforsuccess.org/professionalism.htm

site tu membezakan antara amatur n profesional. Amat lah penting bagi kita untuk menjadi seorang yang profesional di dalam setiap perlakuan kita. Ini juga merupakan salah satu cabaran bagi diri ini yang merasakan tidak cukup profesional...
ciri2 seorang yang x profesional (in my perspektif only):
• Hantar assignment lambat
• Tiru (kopi pasta) assigment n lab report orang
• Tak buat revision
• Boros
• Pengurusan masa yang kurang effektif
• X g jemaah kat surau time solat
• Dan macam2 lagi...hahaha....bergantung pada setiap individu

Kita tidak sempurna, namun kita mampu berubah untuk menjadi seakan2 sempurna dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan alasan ketidaksempurnaan atau kekurangan kita sebagai penghalang dari kita menjadikan diri seorang profesional.
Mulai hari ni, saya berazam akan mempelajari satu ilmu baru setiap hari (azam maal hijrah).
Dan ilmu untuk hari ni ialah berkenaan dgn profesionalism... langkah pertama untuk menjadi profesional ialah dengan menentukan diri sama ada mahu menjadi seorang yang profesional atau pun amatur.
“PILIHAN DI TANGAN ANDA”
Sekian sahaja buat kali ni...ngantok la plak..hehe....
assalamualaikum

kem latihan tahunan...ilmu berharga...

Penat sungguh kem tahunan kali ni, memerlukan badan dan mental yang betul2 mantap... for your information, after my final exam at 4th december, next day is my kem tahunan palapes...5th december, betapa kecewanya aku bile tengok jadual kem, pack giler, dengan ujian2 ketenteraan, pergh... memang perah tenaga gak la 14hari yang lalu...
“Tu la, siape suruh masuk askar. Ni la padahnye...”
Well, seksaan hanya berpanjangan selama 14hari sahaja. Tak la lame mane pun, 14hari ni sebenarnya sangat singkat tempohnya. Korang nak tau ap yang dipelajari time kem tu? Hehe

• Ilmu medan perang
• Senjata
• Baca peta
• Dll...hehe

Bukan semua bende pasal latihan bleh crite kat sini, kang x pasal2 kene tangkap..huuu...
Semua bende yang dipelajari diuji oleh penguji2 yang berkaliber...salute to that penguji team. They thought us so much.
Ape2 pun, kalau bukan sekarang nak belajar ilmu2 ni, bile lagi?
Mungkin kita senang, hidup dengan tenteram buat masa ini, namun siapa tahu pada masa akan datang, kita di situasi yang berbeza. Maka harus di ingat kan, persiapkan mental dan fizikal anda untuk masa2 sukar. Contohnya, lengkap kan diri dengan ilmu2 yang bermanfaat, tidak semestinya imlu ketenteraan, ilmu survival, ilmu agama, ilmu sains dan macam2 lagi yang mampu membantu kita di masa2 genting... ayat yang di gemari adalah salah satu petikan hadis Rasullullah S.A.W..

“ tuntutlah ilmu sehingga ke negeri cina”

Maka, sahut seruan menuntut ilmu, majunya sesuatu bangsa atau tamadun itu terletak pada ilmu.
Jangan berhenti separuh jalan, teruskan perjuangan kalian dalam menuntut ilmu. Bukankah menuntut ilmu itu salah satu jalan jihad. Usah terus tenggelam dalam arus kesenangan yang kita kecapi.
Well, ape-ape pun, semua usaha bermula pada langkah pertama. Apabila anda membaca blog saya ini, anda sudah dikira telah memulakan sedikit langkah dalam mencari ilmu. Cari ilmu yang baik2 tau, jangan yang berlawanan dgn tuntutan agama sudah...

Akhir kate, im back to dunia nyata!! Duduk kat hutan memang menguji ketahanan mental..hahaha...
Ape yang baik, jadikan panduan, yang buruk, komen kat bawah..hehe...

Friday, November 26, 2010

kawan, penyelesai atau punca masalah....

ni ler tetibe topik terpilih pas study thermodynamik chapter 10...hahaha...chapter 10 ni pasal balance antara liquid n vapour... lebih kurang cerite minyak dgn air x bercampur lah..hehe...

minyak dengan air tidak akan mix together... sesetengah member ak kadang2 mcm ni jgk dgn member2 lain... a.k.a musuh.

musuh atau seteru ni mmg sensitif... certain people, bile berjumpe dgn musuh, keje nak betumbuk je...macam2 hal leh jadi kalau kite bjmpe seteru kite...

well, ak ad terbaca dalam salah satu blog yang ak follow mengenai tajuk kat atas... hehe... sile2 bace kalau free,

http://www.100penulis.com/2010/11/kawan-pun-boleh-beri-masalah-juga.html

well, musuh ad bnyk kategori... contoh nye musuh dlm study... kalau x de "musuh" ni... x syok la study...

kategori musuh yang paling kite kne lawan sebenarnye nafsu, kate orang putih, lust...
kalau kite kalah kan bende alah ni... InsyAllah, segala macam bentuk musuh, dalam pelbagai cara pun dia datang, kita mampu tepis dengan tenang...

well, cukup kot tulis kali ni.... idea datang, tulis je la..hehe...

tq 4 reading... yang buruk, im sorry, yang baik, pikir2 kan.. :p
as salam

Wednesday, November 10, 2010

jadual exam sem ni...

Jadual exam sem ni.. hehehe, jadual mantap, kalau x dapat score, ak lah yang x mantap.. jangan berdalih-dalih jika nak berjaya .

"aja aja fighting" :p




Khamis
(Thursday)
25 / 11 / 10

EQT203
Matematik Kejuruteraan III
(Engineering Mathematics III)

2.30 petang
(pm)
3 jam
(hours)

D2020
_________________
Isnin
(Monday)
29 / 11 / 10
EUW233
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
(Islamic Civilization and Asia Civilization (TITAS)

2.30 petang
(pm)
3 jam
(hours)

D2020
_________________
Khamis
(Thursday)
2 / 12 / 10
ERT211
Kejuruteraan Biokimia
(Biochemical Engineering)

2.30 petang
(pm)
3 jam
(hours)

DKD 4

FINAL EXAM!!!

Hari ni, bangun lambat, aiseh, sedih betul. Tapi x pela. Tetibe semangat berkobar2 nak studi..hehe.. final exam lagi 2mggu je... preparation x de.. so, hari ni start lah preparation ak..
Untuk final ni, ak x dapat nak wat macam sem lepas, kalau sem lepas, soalan2 past year ak agih2 dgn member2..hehe, tapi soalan ak sndiri x dpt buat..huhu, diorang percaye ak dah,,,wuuu
So, sem ni, ak gerak solo je la, ap yang penting, buat past year dgn sepenuh hati..huuuu..dpt buat, kire besar kmgkinan boleh buat time final.
Soalan exam unversiti sememangnye standard setiap tahun, persiapan merangka soalan memerlukan usaha yang jitu dari para penggubal soalan, maklumla, soalan pun kene ikut standard board of engineer. So x payah fening2 kepala, buat saje past year.. itu lah nasihat ak kat korang yang berada di situasi di tempat ak..iaitu, tak studi sebelum2 ni..
Haih...11.07am.. wat dulu r pasyer biochem... michales menden... wee~
By then, tata,
salam

Thursday, October 14, 2010

moto dan atok...

Haish....hari ni still maintain lambat pergi kelas...apa nak jadi dengan aku ni, huuu~ kelas pukul 8, bangun pukul 8.30... last2 dekat pukul 9 baru bertolak...
Perjalanan bermula bila pak cik trafik unimap berdiri kat jalan, check sticker... nasib lepas...

Perjalanan hari ni x berapa smooth sangat, rantai moto honda aku tetiba wat hal..bunyi longgar... maka, tgh on the way g kuliah...cari la kedai moto yang dah open awal-awal pagi ni.... akhirnya...ad satu kedai kat kangar ni... mintak tolong ketatkan...tapi dia kata sumtin kene ganti... mak ai... skru bengkok kat tempat tayar blakang... jauh di lubuk hati, x mau ak tukar...tapi tgk balik kondisi skru tu, nak patah dah...lebih baik ak tukar... maka kene la RM4.00 kat situ...huhu..penat ak berjimat semalam sampai x gune sesen pn...ari ni kene cas RM4.00. member ak cakap, jgn ketat rantai selalu...sebab ak ketat rantai selalu, ak pnye sepoket cepat haus... hmm.. ak mmg noob pasal moto-moto ni... hangguk je la kepala.. seingat aku, moto ni sejak dari dibeli bulan mac aritu, baru 5 ke 6 kali ak ketatkan...x de plak rase pelik... sepoket moto tu entah brape la hargenye...nak tukar...duit sempit.. dugaan..nampknye, ak kene biasakan diri dengan pengangkutan bas sedia ad balik jika situasi moto ak ni berterusan... masalah jugak kalau sumtin kita pakai seharian buat hal.. baru la tahu nilai sebuah nikmat kenderaan.. sama jugak dengan orang yang kita sayang... waktu ada, kita x tahu nilai sayang tu, tapi bila orang tu dah tiada... baru lah terkial-kial, menyapu air mata penyesalan... menyesal kerana tak menjaga dan merhargai nilai sebuah kasih sayang... (khas ditujukan kepada diri sendiri yang sering alpa kasih syg org lain especially my parents, my grandparent and my dear bb)

i miss u atok... pemergianmu masih segar di ingatanku...bagaimana keadaan mu di hospital, bagaimana keprihatinan mu menyuruh kami adik beradik belajar bersungguh-sungguh, mengajar kami membaca al-quran sejak dari kecil. Walaupun garang, tapi bila di fikir kembali, sebak terkenang kisah lalu... hari ni, cucu mu ini sedang berusaha, berusaha demi agama bangsa dan negara. Moga atok tenang di sana. Al-fatihah

so, hari ni, planning nye nak siap kan tutorial thermodynamic. Esok nak test, hari ni baru terhegeh2 study... but, better late than never...
hari ni jugak, nak kene siapkan lab report biochemical ak yang tersadai slama 2 minggu...haish...nak x nk... kene siap jugak...

biarkan luka semalam menjadi pengajaran hari ini dan seterusnya. Manusia yang rugi adalah manusia yang mengulangi kesilapan hari semalam...
sekian nukilan untuk tengah hari ni .... thanks 4 reading... taffadal maskura :p
( finish at 12:05, 14/10/10)

Wednesday, October 13, 2010

introduction? hee

Sohib diary? Hak3...memang x boleh blah tgk blog sndiri.. well...bukan ad org bace pn...haha...arini tetiba rase nak menulis... melihat ramai yang menulis, teringin la plak nak menulis. Zaman IT dan teknologi memang mengubah gaya hidup seseorang. Kewujudan blog2 bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. tidak terkecuali, member2 ak.. mula2 sorang, pas tu makin ramai plak... well, its ok when the writing is not about to “mengumpat” orang... juz dun make your writing become a burden when the judgement day happen.
Any way... start from now..i’ll will join the writers...im officially a blogger.. hee~
To the reader... thanks for reading... jadikan membaca amalan kita. Selamat membaca

hari-hari buzy!!!

Ok... hari ni memang unexpected.. bangun pagi2...dah nak siap dah utk turun baris pagi (every Wednesday morning, i’ll have my baris pagi) ...hujan rahmat turun dengan lebatnya. So, ingatkan cancel dah baris pagi, but rupenye, baris bawah blok plak...aiseh, berimpit la kat bawah tu. Mood pn jadi x bagus. Dengar teguran sepatutnye dah jadi kebiasaan kat telinga ni bile masuk palapes.. tapi, pagi ni jadi panas je telinga...
Pas baris pagi...sambung tido lagi sampai pukul brape ntah...kemas2 barang... g klas macam biasa...
Kelas hari ni mantap... tapi...baru nak fokus, ade member igt kan ak pasal assignment... antar sebelum pukul 12.. memang ak “terpukul” time tu...kenapa mesti waktu ak nak fokus..haish...no other choice, jadi la mesin fotokopi dalam kelas tu.. nak dipendekkan... ak berjaya siapkan mengikut mase yang masih boleh boleh di terima oleh lecturer ak... tapi.... time dah siap tu... ad la dua orang sahabat ak ni.... sorang name awang... sorang lagi name wan...
2 orang ni khusyuk buat sumtin atas meja library school..bile ditanya... diorang tgh wat assignment..jadi mesin fotostate jgk...tapi utk subjek lain... terkejut ak... ap lagi...ak join skali dgn diorang....fotokopi assgnment orang lain... so... in 1and half hour, i really did complete 2 assgnment.. very proud of my “ability”.. sobsob...
Bila difikir balik.... esok pn ad bnyk bnde kene submit... thermodynamic tutorial... lab report ak dah bersawang x antar2 lagi... sume cari pasal...hari jumaat plak dengan test midterm thermodynamic... runsing kepala...
And, the latest one... malam ni, ad plak meeting for the mini projek process engineering skill.. kabarnya malam ni nak kasi settle sume... i’ll looking forward to it... mlm ni memang caca merba...bnde2 ni datang skali gus..huu... mlm ni ad meeting mpkkg plak...bincang about the paper work for this week activity...football league. Lots of work men...need to handle it one by one...
As for now... jus think positive, be a matured one... all this happen because of me at the first place. I am the one who create this mess... sape suruh tangguh kerja.. its unprofesional. Its prove to burden when u’re in the future..i need to get rid this “shit” from this moment before its too late..
When all this done.. im gonna get my sleep as much as i can..hee~
Remember my fren, each problem come with many solution. Its depend on u, to choose the solution...whether its good on u or not...
Thanks for reading... i got my motivation back jus by writing this.
For my beloved one... thanks supporting me... u’re one in trillion.. wee~
(finish at 18:15, 13/10/2010)

Saturday, July 31, 2010

puasa

hari ini(19 sya'ban), beranjak lagi tarikh masa, bergerak dengan pantas... dari rejab hingga ke sya'ban...sya'ban sudah semakin hampir penghujungnya..ramadhan al mubarak kian tiba...

ramai sahabat mula mempersiagakan diri dengan pelbagai amalan lazim sewaktu ramadhan terutama PUASA... kali ni, sohib ingin mengupas serba sedikit mengenai puasa. Kafiat puasa amatlah banyak..sohib sendiri mengakui, selepas berpuasa selama beberapa hari.. perubahan ketara berlaku...

1. fokus semasa belajar meningkat...
2. duit jimat
3. masa terurus
4. nafsu kureng

namun, sohib tidak berupaya istiqamah... sebentar sahaja azam untuk berpuasa sepanjang sya'ban, lepas tu, hangat-hangat tahi ayam... alasan pelbagai muncul di benak fikiran tatkala memasang niat untuk berpuasa... latihan palapes la... panas laa...malas laa...seribu satu alasan..

kesannya...masa belajar ku menjadi singkat berpunca pengurusan masa yang amat lemah.
manakan tidak, tutorial subjek thermodynamic...killer subject tidak disentuh...mula terkial-kial di dalam kelas...bertanya soalan-soalan remeh sehingga ditertawakan sahabat sendiri... ketepatan masa untuk bangun menunaikan kewajiban kepada Pencipta seluruh alam (subuh) juga mula cacat dan lompong, subuh gajah dan dinosaur mula menjadi pilihan...

minggu ini, dapat disimpulkan, diriku ini tidak terurus... namun, dengan tekad dan keazaman, akan ku ubah diri ku ini di masa hadapan. aku tidak mahu diri ku tergolong di dalam orang-orang yang kerugian...

"hari ini mesti lebih BAIK dari semalam"

demi menggapai misi ini, salah satu cara mujarab adalah dengan berpuasa sunat...
saya syorkan kepada saudara saudari yang sudi meluangkan masa membaca keletah penulisan sohib, amalkan puasa sunat...rasakan sendiri nikmat puasa...

Friday, May 21, 2010

cuti

cuti semester memang menyeronokan diawalnya,membosankan di pertengahannya, dan menyedihkan di akhirnya.

rutin harian ketika cuti: bangun subuh, online, basuh baju, online, makan, online...semua di selang seli dgn online...sedar atau tidak, masa terbuang begitu sahaja.

"sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian"
saya mengingati diri saya dan rakan-rakan sekalain, ingat lah wahai teman, kita hidup sementara, gunakan masa sebaiknya.

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...