Tuesday, December 21, 2010

kem latihan tahunan...ilmu berharga...

Penat sungguh kem tahunan kali ni, memerlukan badan dan mental yang betul2 mantap... for your information, after my final exam at 4th december, next day is my kem tahunan palapes...5th december, betapa kecewanya aku bile tengok jadual kem, pack giler, dengan ujian2 ketenteraan, pergh... memang perah tenaga gak la 14hari yang lalu...
“Tu la, siape suruh masuk askar. Ni la padahnye...”
Well, seksaan hanya berpanjangan selama 14hari sahaja. Tak la lame mane pun, 14hari ni sebenarnya sangat singkat tempohnya. Korang nak tau ap yang dipelajari time kem tu? Hehe

• Ilmu medan perang
• Senjata
• Baca peta
• Dll...hehe

Bukan semua bende pasal latihan bleh crite kat sini, kang x pasal2 kene tangkap..huuu...
Semua bende yang dipelajari diuji oleh penguji2 yang berkaliber...salute to that penguji team. They thought us so much.
Ape2 pun, kalau bukan sekarang nak belajar ilmu2 ni, bile lagi?
Mungkin kita senang, hidup dengan tenteram buat masa ini, namun siapa tahu pada masa akan datang, kita di situasi yang berbeza. Maka harus di ingat kan, persiapkan mental dan fizikal anda untuk masa2 sukar. Contohnya, lengkap kan diri dengan ilmu2 yang bermanfaat, tidak semestinya imlu ketenteraan, ilmu survival, ilmu agama, ilmu sains dan macam2 lagi yang mampu membantu kita di masa2 genting... ayat yang di gemari adalah salah satu petikan hadis Rasullullah S.A.W..

“ tuntutlah ilmu sehingga ke negeri cina”

Maka, sahut seruan menuntut ilmu, majunya sesuatu bangsa atau tamadun itu terletak pada ilmu.
Jangan berhenti separuh jalan, teruskan perjuangan kalian dalam menuntut ilmu. Bukankah menuntut ilmu itu salah satu jalan jihad. Usah terus tenggelam dalam arus kesenangan yang kita kecapi.
Well, ape-ape pun, semua usaha bermula pada langkah pertama. Apabila anda membaca blog saya ini, anda sudah dikira telah memulakan sedikit langkah dalam mencari ilmu. Cari ilmu yang baik2 tau, jangan yang berlawanan dgn tuntutan agama sudah...

Akhir kate, im back to dunia nyata!! Duduk kat hutan memang menguji ketahanan mental..hahaha...
Ape yang baik, jadikan panduan, yang buruk, komen kat bawah..hehe...

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...