Thursday, December 23, 2010

hutang oh hutang

Hutang
Hmm, hutang ni bukan lagi perkara yang baru kite dengar, dari kecik lagi, perkataan hutang ni memang digemari ramai. Hutang ada pro dan kontranya. Terpulang pada diri masing bagaimana menguruskan wang. Seorang yang profesional bagi saya akan cuba mengelakkan diri dari hutang. Berbelanja mengikut kemampuan diri masing2. Sedia kan budget bulanan atau harian sebelum membuat perbelanjaan. Macam2 tips boleh kita dapat bagaimana kita mahu berbelanja secara berhemah.
Hutang adalah bebanan. Hutang ni akan sampai ke lubang kubur kalau kita x jelaskan hutang. Seriusnye membayar hutang ni jelas sekali di dalam islam. Seorang pejuang yang syahid akan diampunkan dosa2nya kecuali jika dia mempunyai hutang dengan orang lain (betulkan jika silap). Syahid ni kirenye memang dah lulus dah nak masuk syurga, tapi dengan syarat, hutangnya dengan manusia harus la settle terlebih dahulu.
hutang memberikan banyak implikasi kepada semua pihak start dari individu, keluarga, masyarakat dan negara. Korang pernah dengar tak tentang negara greece yang dibelenggu masalah ekonomi yang sgt teruk. Puncanya, HUTANG. Jika diteliti, negara2 maju seperti jepun, amerika dan sebagainya dibelenggu masalah kewangan yang berpunca dari hutang. Hutang2 yang terlalu besar sehingga mencecah angka billion amat membebankan. Lihat sahaja masa krisis ekonomi 1997, banyak syarikat yang gulung tikar, tidak mampu meneruskan perniagaan kerana tidak mampu menjelaskan hutang2 syarikat.
Di dalam kontek masyarakat, hutang telah menjadi sesuatu adat di dalam perniagaan. Hendak minum secawan kopi di gerai pun, ada yang sanggup mengambil jalan mudah menggunakan “buku 3 lima” . Masalah hutang di di kalangan masyarakat kita semakin meruncing dengan penggunaan kad kredit yang semakin popular kala ini. Penggunaan kad kredit menambahkan lagi bebanan hutang kerana hutang kad kredit mempunyai kadar faedah tertentu jika tidak dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank
Dek kerana hutang, ramai di kalangan masyarakat kita hidup bergantung kepada hutang, manakan tidak, gaji yang diterima, habis untuk membayar hutang2 tertunggak. Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, mcm2 lagi jenis hutang. Ada yang sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti atau along. Apabila tidak mampu membayar pinjaman, bahana dan musibah berat akan melanda si peminjam.
Hehe, tetibe je tulis psal hutang ni sebab ak adalah salah seorang mangsa masalah hutang, aku hutang dengan universiti time banjir besar perlis hari tu, maklum la, duit dah sengkek, tetibe ad org bgi loan, amik je la, x tau plak consequence dia.huu...
Nah, sekarang, bile reult dah kuar, x leh nak tengok sebab ada hutang dengan universiti. X cukup dengan tu, nak daftar subjek untuk sem depan pun x boleh..huu...malang2...
Esok nak g bayar balik 100 tu...harap2 bleh check result esok...orite guys, mata berat sgt ni..take care n so long readers...

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...