Friday, December 24, 2010

bagaimana mahu berjaya dalam kejuruteraan???

Bagaimana mahu berjaya di dalam bidang kejuruteraan?

(dipetik dan diolah mengikut citarasa sendiri dari “How to succeed in Engineering oleh Bob Colwell, UC Irvine February 2008”) :p

Aku terbaca satu slide show menarik mengenai bidang yang aku ceburi sekarang ni iaitu kejuruteraan. Slide ni banyak memberikan bantuan bagaimana kita mahu berjaya di dalam kejuruteraan. Untuk berjaya di dalam sesuatu perkara, banyak halangan yang perlu ditempuhi termasuk di dalam bidang kejuruteraan.

Untuk berjaya di dalam bidang kejuruteraan, kita harus menyelesaikan masalah yang diberikan dengan membuat latihan yang terbaik. Jangan terikut2 dengan cara orang lain, ini membantutkan potensi kita untuk berjaya di dalam kerjaya ni. Perhatikan bagaimana keadaan sekeliling anda menyelesaikan masalah. Belajar lah dari situ. Belajar dari kesilapan adalah tidak praktikal dalam bidang kejuruteraan. Betul x? Belajar dari kesilapan orang lain adalah lebih bijak.. hehe

Well, tu baru intro, sekarang cuba lihat bagaimana kita mendefinisikan “kejayaan” itu sendiri. Apakah matlamat kita mengenai kejayaan itu sendiri, contohnya:-

“adakah saya ingin menjadi orang yang kaya raya?”
“adakah saya ingin mempunyai pekerjaan yang mempunyai gaji yang lumayan”
“adakah saya ingin mengubah dunia???”
Atau
“adakah ibu bapa kita yang meletakkan kita sehingga tahap ini??”

Kita mungkin boleh terus maju ke hadapan tanpa perlu menjawab persoalan seperti di atas namun, akhirnya kita tidak boleh lari dari menjawab persoalan ini. Di dalam islam, niat amat penting sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadat sekiranya ia adalah pekerjaan yang membawa faedah. Oleh itu, dari awal lagi, tetapkan pendirian anda mengenai kejayaan terlebih dahulu mengikut citarasa anda.

Baik, setelah kita setkan makna kejayaan di dalam minda kita, tibalah masa untuk memulakan langkah pertama anda di dalam bidang kejuruteraan. Cari perkara yang anda amat minat di dalam bidang ni. Apabila anda jumpa perkara yang paling anda minat contohnya biologi, cari kekuatan anda di situ. Pastikan anda belajar skill2 yang diperlukan di dalam bidang yang anda minat tu.
Contohnya, kalau dalam bidang kejuruteraan bioproses, proses fermentasi atau penapaian adalah proses yang penting di dalam bidang ni, so pastikan diri kita mahir mengenai setiap perkara berkenaan proses ini dan selarikan ia dengan kehendak industri masa kini. Dengan ini, anda akan mempunyai kelebihan yang lebih baik dari seseorang yang sekadar belajar hanya untuk memenuhi kehendak universiti sahaja.

Cuba fikirkan, apabila kita sudah bergelar seorang siswazah dan sedang ditemuduga oleh eksekutif syarikat, siapakah yang akan menjadi pilihan di antara 2 contoh di atas?
Karier jurutera adalah satu kerjaya yang saban hari berkembang. Oleh itu, tidak semestinya apabila kita telah menjumpai kekuatan kita di dalam bidang yang kita ceburi, kita tidak akan menjumpai kekuatan yang lain.
Contohnye, sekarang saya minat proses fermentation, tahun depan siapa tahu saya saya akan bertukar citarasa kepada proses pengklonan.

Hah, pening? Hak3.. biase la, pemikaran aku ni kekadang kompleks sikit..huuu...
Ok, skarang... step seterusnya, tetapkan matlamat anda untuk bekerja di bidang apa? Sesetengah bidang kejuruteraan amat meluas, tapi kita harus cuba fokuskan kepada bidang yang kita minat (mcm yg aku tulis kat atas tadi)
Seorang engineer harus berkebolehan serba serbi dalam bidangnya. Basically, seorang engineer harus:
• Pandai berkomunikasi
Komunikasi amat penting bagi jurutera kerana ia mampu mempengaruhi orang. Apabila kita mudah mempengaruhi orang, kita akan mampu mempromosikan diri kita. Antara contoh komunikasi yang penting di masterkan adalah cara kita menulis (journal, research or anything) dan presentation.

• Kerjasama/semangat berpasukan
Korang ingat, nanti bile bekerja, kita bekerja sorang2? Sudah tentu tidak, kita akan mempunyai team kita sendiri. Bina semangat kerjasama sesama sendiri, bersatu teguh, bercerai roboh. Apabila berjumpa masalah, gunakan jalan penyelesaian yang ada sebaik mungkin, berikan ia sentuhan innovasi apabila di rasakan perlu.

• Kepimpinan
Haa, ni aspek yang penting. Seorang jurutera menjadi ketua di dalam kerjanya. Kita akan sedari sendiri diri kita berada di dalam situasi memimpin apabila
-kita sering disoal
-kita sedar kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang lebih baik berbanding orang atasan yang membuat pekerjaan tersebut.
Seorang pemimpin harus bertanggungjawab diatas setiap tindakan yang dia ambil. Apabila di dalam konflik, ambil keputusan yang terbaik untuk syarikat.( kalau dah keje le)

• Banyakkan membaca bahan ilmiah
Pelajari mengenai manusia, kebudayaan orang dan lain2.

• Persaingan
Persaingan di sini saya maksudkan adalah persaingan yang sihat k.. bukan nye gaduh2. Yang ni korang dapat fikir sendiri, betul x?

Akhir kata, bidang engineering ni adalah pekerjaan yang berisiko. Ambil risiko ni dengan matlamat, berhati2 dan berani.

Banyak jugak celoteh ak pagi2 buta ni(1.52am 24/12/2010)..hehe... x pe, siapa yang bace, n dapat ilham... kire ok la tu... sape bace, rase stress je... im sory k... amateur lagi ni... blum pro..hahaha... berusaha untuk memberikan yang terbaik adalah ciri2 seorang profesional. Tetapkan piawai di dalam diri, aku letak piawai standard bile nak tulis kat sini...maklum la, sini tempat umum, salah maklumat... bahana besar menunggu di alam seterusnye.. kita harus bertanggungjawab atas setiap perkara yang kita lakukan, betul x?
Orite, sape ade komen, hak3, tulis2 la kat bawah uh... yang baik, buat teladan.. yang buruk, simpan dalam hati yek..hehe...
Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...