Saturday, July 31, 2010

puasa

hari ini(19 sya'ban), beranjak lagi tarikh masa, bergerak dengan pantas... dari rejab hingga ke sya'ban...sya'ban sudah semakin hampir penghujungnya..ramadhan al mubarak kian tiba...

ramai sahabat mula mempersiagakan diri dengan pelbagai amalan lazim sewaktu ramadhan terutama PUASA... kali ni, sohib ingin mengupas serba sedikit mengenai puasa. Kafiat puasa amatlah banyak..sohib sendiri mengakui, selepas berpuasa selama beberapa hari.. perubahan ketara berlaku...

1. fokus semasa belajar meningkat...
2. duit jimat
3. masa terurus
4. nafsu kureng

namun, sohib tidak berupaya istiqamah... sebentar sahaja azam untuk berpuasa sepanjang sya'ban, lepas tu, hangat-hangat tahi ayam... alasan pelbagai muncul di benak fikiran tatkala memasang niat untuk berpuasa... latihan palapes la... panas laa...malas laa...seribu satu alasan..

kesannya...masa belajar ku menjadi singkat berpunca pengurusan masa yang amat lemah.
manakan tidak, tutorial subjek thermodynamic...killer subject tidak disentuh...mula terkial-kial di dalam kelas...bertanya soalan-soalan remeh sehingga ditertawakan sahabat sendiri... ketepatan masa untuk bangun menunaikan kewajiban kepada Pencipta seluruh alam (subuh) juga mula cacat dan lompong, subuh gajah dan dinosaur mula menjadi pilihan...

minggu ini, dapat disimpulkan, diriku ini tidak terurus... namun, dengan tekad dan keazaman, akan ku ubah diri ku ini di masa hadapan. aku tidak mahu diri ku tergolong di dalam orang-orang yang kerugian...

"hari ini mesti lebih BAIK dari semalam"

demi menggapai misi ini, salah satu cara mujarab adalah dengan berpuasa sunat...
saya syorkan kepada saudara saudari yang sudi meluangkan masa membaca keletah penulisan sohib, amalkan puasa sunat...rasakan sendiri nikmat puasa...

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...