Tuesday, April 5, 2011

kepimpinan

assalamualaikum to my readers. hari ni, terasa nak mengulas serba sedikit mengenai kepimpinan.

dalam bahasa orang putihnya, leadership. kepimpinan adalah satu ability atau keupayaan seseorang itu menjadi ketua kepada orang bawahannya. set kan di dalam minda anda bahawa setiap insan di dunia ini adalah pemimpin. manusia adalah khalifah di muka bumi ini.


(google image resos)

kita perlu memimpin diri kita sendiri, menguruskan diri sendiri untuk melaksanakan sasuatu perkara seperti makan minum hatta tidur sekalipun. anggota badan kita perlu dikoordinasi agar mengikut arahan akal kita barulah kita berupaya mengangkat sudu, menutup mata dan lain-lain lagi. inilah salah satu sebab mengapa di dalam Islam, kita diwajibkan niat sebelum apa-apa perlakuan yang kita lakukan bahkan dengan hanya niat, kita sudah layak mendapat ganjaran pahala.



apabila kita berjaya mengurus diri sendiri, barulah kita berupaya memimpin orang lain. hidup di dalam organisasi memerlukan kita bergaul dengan pelbagai ragam manusia. pergaulan dengan orang sekeliling adalah salah satu latihan memimpin kepada individu tersebut. seorang pemimpin adalah seorang yang tahu berinteraksi dengan orang bawahan dan atasannya.

to be continue...

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...