Sunday, May 22, 2011

malu??

tajuk kali ni adalah special sikit... malam semalam (21/5/11), UiTM arau perlis telah menganjorkan pesta konvokesyennya. lama dah pesta ni start, tapi berkesempatan pergi semalam... kebetulan malam tu, segment bicara siswa sedang berlangsung.

panel bicara siswa ini bukan calang-calang orangnya... salah seorang darinya adalah bekas ahli kumpulan band yang popular di era-90an dengan lagu "cinta untuk nabila" iaitu melissa. setiap panel membicarakan intipati untuk para penonton / mahasiswa yang majoritinya adalah "wanita" (sebilangan besarnya adalah penuntut uitm :) )

ada beberapa point yang dapat diambil secara amnya...

1. malu

salah seorang panel membicarakan soal malu dikalangan masyarakat secara umumnya atau mahasiswa secara khususnya. malu adalah salah satu sifat nabi yang mulia. umat islam harus mencontohi sifat malu yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W. kita perlu malu di atas setiap perlakuan yang tidak kene pada tempatnya.

berikut adalah contoh perlakuan "tidak malu":

- ponteng kuliah
- meniru di dalam assignment atau report2 yang diberikan oleh pensyarah
- menayangkan aurat di khalayak ramai / memakai pakaian membuka aurat di majlis

dll...

adakah kita bangga sebagai seorang siswazah memegang segulung ijazah atas hasil penipuan seperti meniru di dalam ujian mahupun kuiz/assignmnent.

di manakah rasa malu anda sebagai siswazah dan seorang muslim jika anda memegang gelaran sarjana muda hasil penipuan.

terpana juga mendengar hujah yang dikemukan oleh panel tersebut. memang tepat sekali apa yang di katakan oleh panel tersebut. berapa ramai di antara kita secara jujurnya menghantar assignment atas hasil usahanya sendiri??

well... malu ini konteksnya besar. malu harus bertempat. alangkah ruginya kita jikalau dalam pelajaran kita malu bertanya. alangkah ruginya kita jika kita malu untuk menegakkan syariat islam yang di amanahkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi.

maka, kita perlu usha balik setiap perlakuan kita sebelum ni. atau lebih dikenali sebagai muhasabah diri. istiqamah dalam setiap amalan yang kita lakukan :)

sekian saja post kali ni... malam ni nak pegi lagi ke uitm arau, dengar nya ada ceramah... :)

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...