Monday, February 7, 2011

aku dan bisness

assalamualaikum,

akhirnya, aku nak tulis satu entri yang menarik perhatian akal fikiran aku untuk berfikir dengan lebih mendalam. sebelum tu, aku nak tanya korang, korang pernah tak didatangi ahli keluarga, sahabat handai dan sewaktu dengannya di mana mereka ini datang untuk cuba mempromosikan bisnes yang diorang buat? selalunya, bisnes yang diorang bawak berasaskan networking atau pun multi level marketing yang memerlukan kita mencari downline...

aku memang suka bisness, hajat di hati ni, memang nak jadi kaya cepat2... boleh beli moto baru, kete baru, bini baru (eh? :P) ... sekarang ni kan zaman di mana "no money, no talk" nak masuk tandas pn kene cas... aku memang minat, sekarang aku dah join beberapa kompeni la yg gne sistem networking...

"bukan senang nak senang"

aku suke pakai ayat ni... networking memang kelihatan mudah... tapi in my opinion, nak mencari downline itu memrlukan usaha yang gigih... korang kene petah menerangkan bisnes korang..pandai menarik ati prospek...baru la dia minat nak join... bende alah ni yang aku lemah, aku x minat mencari networking sangat...ak lagi suka kalau buat bisness yang nampak produk kite...contohnye, jual gule2 ke... keropok ke... at least, ak nampak duit tu masuk keluar dpan mata...




time ak kat hostel dulu, ak dah start dah bisness kecil2lan... puas... korang bukan x tau, mlm ni ada yang kate boleh, ade kate haram... bende alah ni menyebabkan aku rase ragu2 dan sangsi a.k.a syubhah... syubhah ni kita patut tinggalkan...memang ganjaran lumayan menanti bagi mereka yang berjaya, namun ati aku ni sudah beku dengan biz yang gune sistem mlm. aku memang anti sistem piramid...jelas lagi bersuluh keharamannya...

aku tulis entri ni bukan nak jatuhkan smgt member2 yang sedang hangat buat biz network... tapi aku nak sampaikan, korang teliti betul2 tindakan korang dalam universiti.

1st: "our parents sent us here not 4 business, they sent us here to study"

aku memang cuba ingat ayat kat atas ni baik2... ak merasakan kalau kita nak buat bisnes kat universiti ni, cukup sekadar mahu menimba pengalaman, bukan bermatlamat untuk menjadi seorang hartawan sambil mengorbankan masa study...

2nd: networking bisnes especially pyramid system is dangerous...

sebab ap ak kate mcm tu, sebab kita x tahu sama ada perniagaan tu halal ke haram, zaman sekarang ni, penyelewengan berlaku di mana2... sekali pun diorang tunjuk sijil anugerah halal, cube cari inisiatif sendiri, comparekan sendiri bisness plan company dengan hukum syarak.. jangan follow like buffulo , kelak takut menyesal di kemudian hari...

di mudahkan cerita, aku x berkenan dah dengan bisness multilevel... ak syorkan korang fikir dulu sebelum buat keputusan, buat kajian dahulu sebelum buat apa2 tindakan... cari ilmu yang sepatut nya apabila nak menceburi sesuatu bidang.


sekian sahaja entri aku kali ni... mohon ada pandangan bernas... kemukakan di bawah... aku harap sangat sesiapa yang ada pengalaman cara2 mengelak dari di approach orang2 networking secara berkesan share pengalaman korang... x rugi kan ? :)






duit bukan segala-galanya... biar kita miskin di dunia tapi kaya di akhirat ... rather than kaya di dunia, namun akhirat kita???

renung2kan :)

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...