Monday, June 23, 2014

Kemarau Panas

Tajuk memang tak boleh nak go. haha

setelah sekian lama blog ni bersawang, akhirnya aku kembali menulis.

pada tahun lepas, Alhamdulillah telah berjaya menamatkan pelajaran dalam ijazah yang aku ambil. Namun apa yang pelik adalah,

aku walaupun adalah seorang graduan, tapi aku tak minat berkerja di bawah orang. resuming tak buat. apply keja ppun tak.

Sekarang aku sedang mendalami ilmu pelaburan. ada macam-macam jenis pelaburan.

hartanah
saham
emas

dan banyak lagi.

apa yang aku belajar, aku akan share dalam blog terbaru aku

sila tekan sini: pelaburgeny

Sekian terima kasih



Saturday, June 9, 2012

SharpShooter: Apa kata Khalid Mohd Ismath selepas digantung UiTM...

SharpShooter: Apa kata Khalid Mohd Ismath selepas digantung UiTM...: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi o...


pergh.. malam tadi, aku hairan melihat satu potongan akhbar online, macam aku kenal orang dalam gambar ni, macam khalid, sekuliah masa di matrikulasi dulu... tambah-tambah tajuk dia pakai nama khalid ismath... aku mana tau nama penuh..hehe...

last-last, buat confirmation dengan member kat matrik dulu...pergh... tak sangka... memang member aku.. hak3... bangga aku ada kawan macam ko khalid... hehe... tak sia sia ang belajar law..

Monday, August 29, 2011

kisah aku dan emas (intro)

Assalamualaikum kepada blogers, salam sejahtera... lama dah tak tulis belog... atas alasan-alasan tertentu. pagi ni, aku rasa terpanggil untuk menceritakan satu kisah ringkas di antara aku dengan emas. (kalau aku tulis panjang2 karang, ak takut korang tak minat pulak)

seperti semua maklum, emas sememangnya bernilai tinggi. tamadun mana yang kite tengok tak de emas... manusia memang minat akan emas atas ciri2 fizikal dan keunikannye yang tersendiri dan salah seorang yang meminati emas adalah aku walaupun ak diharam kan memakai emas.

dipendekkan cerita, emas ni harganya mengikut nilai pasaran. beberapa tahun lepas, aku ingat lagi, satu gram emas baru rm80++/ 90++.... namun sekarang nilaian emas meningkat setinggi rm190/g

aku start memiliki emas ni pada awal bulan 6 tahun ni.. tak banyak, 1gram sahaja... 1 gram gold bar bunga raya yang dikeluarkan oleh kedai emas poh kong. deal secara online hanya di facebook. nama fb penjual tu, penternak kijang emas. aku beli dengan harga rm180 + pos rm10 = rm190. time tu memang tak nampak sangat faedah simpan emas ni. kalau boleh pakai, takpe jugak kan?

tapi, pada 20/8/2011 , aku n family pergi ipoh. terserempak la dengan kedai emas poh kong, so ak check value 1g bunga raya aku tu, Alhamdulillah, RM227 ... so automatically emas aku yang ak beli dulu sudah naik RM47 dalam masa 2bulan lebih... ini baru 1gram... kalau lebih?


ni la 1gram bunga emas berketulinan 999 or 24karat gold.. (kredit to google image)

ok... ini hanya intructory kepada rakan2 pembaca, niat di hati bukan nak menunjuk atau pun berbangga, tapi share dengan para bloggers mengenai kepentingan menukarkan aset anda di dalam bentuk wang kertas ( yang ade unsur riba) kepada aset yang berbentuk logam bernilai spt emas, perak, etc (yang insyallah terhindar dari riba)

bukankah mencari yang halal adalah wajib bagi kita??

pagi ni ada kerja sikit, nak cari rezeki duit raya untuk ditukarkan kepada dinar dan dirham. sape ade sebarang cadangan, komen dan cadangan anda amat dihargai

salah silap mohon ampun, Insyallah berjumpa lagi di post yang seterusnya. :)

assalamualaikum



Sunday, May 22, 2011

buku oh buku

membaca amalan mulia. tapi hanya untuk mereka yang membaca perkara yang membawa faedah sahaja k.
membaca amat di tuntut oleh agama bahkan ia adalah arahan dari wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullullah S.A.W. yang jelas menunjukkan betapa pentingnya membca di dalam kehidupan seseorang.

amalan membaca per;u dipupuk sejak kecil lagi. kate orang2 tua, melentur buluh, biar dari rebungnya. jika, time kecik2 dulu, kita baca buku cerita dongeng, manga dan sebagainya.


apabila kita meningkat dewasa, kita harus menukar genre bacaan kita kepada yang lebih berat sedikit sesuai dengan umur kita. contohnya, di ketika di sekolah menengah, kita sudah perlu membaca buku-buku ilmiah ringkas seperti cerpen sejarah tokoh2 islam dan bagi yang wanita, selalunya mereka akan membaca novel-novel cinta. :P

so, apabila kita mencecah usia belia, genre bacaan kita seharusnya berubah kepada yang lebih serius contohnya sejarah penaklukan istanbul, buku-buku agama, politik dan hal ehwal semasa.

genre bacaan kita melambangkan tahap pemikiran kita. sekiranya kita masih membaca naruto lebih kerap berbanding buku2 ilmiah di usia 20-an, saya kira ini adalah sesuatu yang merisaukan. belia negara seharusnya besiap sedia dengan ilmu di dada agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan menjadi modal insan yang baik untuk dicontohi adik2/junior2 di luar sana.

adalah sesuatu yang memalukan jika kita tidak suka membaca. budaya barat sudah lama mengamalkan budaya membaca, lihat sahaja di dalam begnya, pasti ada buku untuk di baca di waktu lapang.

akhir kata, jika kita hendak mengubah nasib sesuatu masyarakat/bangsa, kita hendaklah mengubah diri kita dahulu.

malu??

tajuk kali ni adalah special sikit... malam semalam (21/5/11), UiTM arau perlis telah menganjorkan pesta konvokesyennya. lama dah pesta ni start, tapi berkesempatan pergi semalam... kebetulan malam tu, segment bicara siswa sedang berlangsung.

panel bicara siswa ini bukan calang-calang orangnya... salah seorang darinya adalah bekas ahli kumpulan band yang popular di era-90an dengan lagu "cinta untuk nabila" iaitu melissa. setiap panel membicarakan intipati untuk para penonton / mahasiswa yang majoritinya adalah "wanita" (sebilangan besarnya adalah penuntut uitm :) )

ada beberapa point yang dapat diambil secara amnya...

1. malu

salah seorang panel membicarakan soal malu dikalangan masyarakat secara umumnya atau mahasiswa secara khususnya. malu adalah salah satu sifat nabi yang mulia. umat islam harus mencontohi sifat malu yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W. kita perlu malu di atas setiap perlakuan yang tidak kene pada tempatnya.

berikut adalah contoh perlakuan "tidak malu":

- ponteng kuliah
- meniru di dalam assignment atau report2 yang diberikan oleh pensyarah
- menayangkan aurat di khalayak ramai / memakai pakaian membuka aurat di majlis

dll...

adakah kita bangga sebagai seorang siswazah memegang segulung ijazah atas hasil penipuan seperti meniru di dalam ujian mahupun kuiz/assignmnent.

di manakah rasa malu anda sebagai siswazah dan seorang muslim jika anda memegang gelaran sarjana muda hasil penipuan.

terpana juga mendengar hujah yang dikemukan oleh panel tersebut. memang tepat sekali apa yang di katakan oleh panel tersebut. berapa ramai di antara kita secara jujurnya menghantar assignment atas hasil usahanya sendiri??

well... malu ini konteksnya besar. malu harus bertempat. alangkah ruginya kita jikalau dalam pelajaran kita malu bertanya. alangkah ruginya kita jika kita malu untuk menegakkan syariat islam yang di amanahkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi.

maka, kita perlu usha balik setiap perlakuan kita sebelum ni. atau lebih dikenali sebagai muhasabah diri. istiqamah dalam setiap amalan yang kita lakukan :)

sekian saja post kali ni... malam ni nak pegi lagi ke uitm arau, dengar nya ada ceramah... :)

Wednesday, April 13, 2011

jatuh hati??

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, aku selalu terkene panahan syaitan. Dari mata turun ke hati... ayat ni membuktikan betapa besar pengaruh mata dengan minda kita..
Haha...hati dah terjatuh, tapi jangan biarkan diri kita sekali terikut dengan kata hati. Lawan perasaan tu, tanam di fikiran, kita menjauhkan diri dari orang yang kita sayang sebab kita sayang dia.

Kita sayang dia dari terus terjebak dengan dosa hubungan haram andai kata kita berkaple dengan si dia.

Kita sayang dia dari terus leka dengan khayalan kebahagiaan yang jelas hanya sementara.
Kalau kita sayang orang bukan muhrim kita tu, sehingga mengganggu hati kita, saya sarankan, kita menjauhi dia secara senyap. Lakukan apa yang patut secara halus. Win win condition.


Bergaul di dalam batas2 yang telah ditetapkan... moga2 kita berjaya melawan dugaan syaitan dan hawa nafsu kita 

andai hati telah tekad, syarat sudah cukup, mulakan langkah dengan aturan yang betul, halal way...

Monday, April 11, 2011

racist???

assalamualaikum,

selamat sejahtera, good evening to the readers.. hari ni, tergerak di hati untuk membincangkan satu perkara yang sering menjadi tumpuan ramai... PERKAUMAN ataupun lebih dikenali dalam bahasa omputih racist



ni adalah muka depan satu page di facebook yang jelas lagi bersuluh berasaskan perkauman. korang boleh check sendiri di

http://www.facebook.com/pages/%E6%98%AF%E5%8D%8E%E4%BA%BA%E5%B0%B1%E6%9D%A5%E6%8C%89%E8%B5%9Eo0o-diu-%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E4%BA%BA-o0o/134550173275261

(dah tak de le plak, haish, dah delete kot page ni)

bagi pendapat peribadi, aku lagi suka tunggu dan lihat... observe perkembangan isu ni dengan mata kepala sendiri. aku syorkan, jangan report dulu page ni, belum masanya lagi, kita lihat, apa tindakan pihak berkuasa mengenai isu ni...


untuk berdepan dengan sekumpulan orang begini, kita kene guna cara paling berhemah, maklumlah, api tak boleh dipadam dengan api, api kene padam guna air... kita tegur mereka dengan berhemah.

fikir2kan situasi kita di negara sendiri,,, satu malaysia kah kita??

p/s: nampak google translate berguna time ni...

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong
Jom isi jawatan kosong...